Monday, 13 February 2012

tinggal kenangan

ASSALAMUALAIKUM
nite people :]

Hey! Semalam dah pon tasya cerita pasal arwah atok tasya kan. And today nak cerita pasal seorang lagi kesayangan tasya yang telah pergi meninggalkan tasya untuk selamanya dan tahun ni genap 3 tahun pemergian dia. Mulanya memang kitorang tak kenal pon. Tapi atas dasar kawan kami berkenalan dan ini lah yang dinamakan takdir Allah. Cik elin-amalina yang kenalkan tasya pada arwah ni. Dan kitorang jadik kawan baek dan disebabkan dia lebih tua so layak la tasya gelar dia "abang". 

Ye. Arwah seorang lelaki. Nama diberi IBRAHIM FITRI. Kawan2 panggel ''che'mat". Dia panggel tasya 'adik'. Kira macam kitorang ni adik-beradek terangkat laa. Tapi tasya gune 'aku-kau' jekk ngan dia. Asal Muar dan hanya budak kampung yang belajar di sekolah harian. Nak kata tak cerdik tak jugak sebab arwah ni top dalam sejarah. Beb! Mane senang kita nak jumpe orang yang top sejarah ni. Kan? Back to story. Honestly, memang kitorang tak pernah jumpe. Tapi disebabkan dulu tasya pernah jadik seorang yang agak friendly then kitorang decide nak jumpe. Actually, tak rancang pon, tp terkantoi yang tasya gi lepak kat bandar. So, abang kesayangan tasya ni pon beriya laa nak jumpe. 

Seronok jugak laa. Dia baek. Tinggi. Handsome? Not bad laa. Orang ade awek kan. Mesti laa hot. Tapi. Seminggu lepas tu, time tasya balek rumah, dapat berita yang arwah abang fitri kemalangan dan meninggal dalam perjalanan ke hospital. Hurmmm. Tak sangka langsung yang pertemuan kitorang aetuh rupanya pertemuan yang terakhir. Cdeyhh sangat. Memang nanges habis laa malam tu. Call elin. Elin pon nanges jugakk. Berbulan lamenyer kitorang bersedih sebab arwah sangat rapat ngan kitorang. Tapi ape yang lagi sedih sebab tasya tak dapat nak jenguk pusara arwah abang fitri sampai hari ni. Tu yang paling sadis. Maaf abang.

Kalau nak cerita pasal arwah abang fitri. Memang panjang. Tapi overall, arwah memang sangat baik dan peramah. Caring. Tetibe teringat awek dia. Macam mane laa kan perasaan dia? Mesti cdeyh. Tasya yang baru sekali jumpe pon dan terase sangat2 kehilangan. Ape tah lagi awek dia yang dah selalu bersama tu kan. Arwah meninggal muda lagi. Mase tu arwah form5. Tak sempat pon nak amek SPM. Arwah selalu cakap nak pecah record dapat banyak 'A'. Tapi.... Hurmm. Takde rezki kan. 

Lagi sekali tasya mohon untuk semua yang membaca entri kali ni, tolong doakan abang fitri. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan moga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya. InsyaAllah. Aamin ~ AL-FATIHAH. Bismillahirrahmanirrahim.

WINK :: Sampai bile pon adik sayang abang. Kami (tasya,elin,rafi,aiman) akan sentiasa merindui abang. Abang jage diri kat sane tau.

No comments:

Post a Comment