Monday, 23 April 2012

Lailahaillallah ~

By the name of Allah
ASSALAMUALAIKUM :]


Bila seorang hamba Allah mengucapkan Lailahaillallah, maka keluarlah dari mulut orang yang mengucapkan perkataan mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau itu akan naik ke arasy Allah dan berkicauanlah burung-burug tadi di bawah arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung hijau tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.  Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga arasy menghadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung hijau itu supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka, maka berkatalah burung-burung itu, "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat, "apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu, "jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya kami, barulah kami akan diam dan tidak membuat bising di sini". Berkata malaikat itu, "baiklah, aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah, lalu disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu, kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu, kerana dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah, maka balasannya berterusan hingga hari kiamat.

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Wallahua'lam.



WINK :: Sekadar berkongsi ilmu :)

No comments:

Post a Comment