Sunday, 15 April 2012

WUDUK

ASSALAMUALAIKUM
good evening for NON-MUSLIM :]

Hye korang ! hari ni tasya just nak kongsi satu cerita. Cerita ini kisah benar yang berlaku pada tasya. Kisah yang agak menarik seperti ada maksud tersirat. Macam ni, ada suatu hari tu, tasya dengan ibu jalan2 pergi tesco. Biasa laa kan kalau dah dengan ibu tu memang asyik nak bershoping jek la. Takla shoping mane pon, sekadar cuci2 mata jek. Then petang tu tasya nak pergi solat. Tasya pon pergi la kat surau kat tesco tu. Sampai jek terus pergi amek wuduk.

Nak dijadikan cerita tengah tasya berwuduk tu, tasya rasa macam ada orang perhatikan. Toleh kiri then nampak seorang nenek tua ni tengok tasya amek wuduk sambil tersenyum. Okeyh. Sape tak pelik kan. Pandang macam tu sekali, takut tahu. Dalam hati tasya, ‘ sape pulak la nenek niyh. Pandang aku mcm tu sekali’ . then, nenek tu mcm dengar pulak kan. Tetibe jek dia bersuara, “ seronok jek tengok anak ni angkat wuduk” . Eyh! Ape yang seronoknye? nenek tu cakap, “ nenek dah tua nak, dah tak boleh nak angkat kaki mcm tu” sambil tersenyum. Tasya pon cakapla, “nanti saya pon mcm tuh jugak, nek” balas balek senyuman manis nenek tuh.

Alhamdulillah. Aku masih bedaya lagi nak angkat kaki untuk berwuduk. Moga nenek tu dikurniakan kesihatan untuk berbuat begitu juga. so. Tu laa ceritanya. Taklah seronok apa pon tapi nenek tu mcm hantaran dari Allah. Sepertinya ingin katakan supaya kita berwuduk dengan sempurna selagi berdaya.

WINK:: Berwuduklah anda dengan sempurna :D

2 comments: