Wednesday, 5 September 2012

semanis SMILE kakak Irma Hasmie (:

ASSALAMUALAIKUM
salam syawal untuk semua :]

Hai. Bertemu lagi. Ntah ape mood hari ni tetibe sangat excited nak update blog. Baru pagi tady berceloteh dengan Cik Perindu Syahid Sejati suroh dy update blog. Tapi insiden kat kampus lame tady buat kan diri ini tersangat lah rindu dan tak sabar nak update blog. 

Tengok tajuk tu! Hee. Nak dijadikan cerita. Tady mase tunggu bas kat kampus. Alyaa ajak pergi beli nasi kukus. Then, lepas beli nasi, hati ni terpanggil nak melangkah masuk ke kedai buku yang baru dibuka kat situ. Kedai nye dah laa besar. Excited jekk nak masuk. Sampai2 jek nampak satu buku yang macam menarik perhatian. 

Eyh! Buku Irma Hasmie! "Okeyh! Mesti beli ni" . Tanpa lengah mase terus amek buku tu then pergi bayar kat kaunter. Terima kasih abang kaunter. Hehe. Seronok! Sampai2 jek terus naek bas nak balek kolej. Memang jodoh aku laa kan dengan buku kak Irma tu :)

- SMILE -- RM 13 -- IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD-

Buku ni ala2 buku motivation jugak laa. Tapi yang uniknya. Nasihat yang disampaikan bukan melalui ayat2 syarahan tapi dalam bentuk cerita. Cerita yang ringkas dan penuh bermakna. Diselitkan bersama setiap tajuk; Nota Irma dan Kit Tindakan. 'Nota Irma' bermaksud pesanan daripada kak Irma sendiri.

Manakala 'Kit Tindakan' bermaksud langkah2 yang membantu untuk memotivasikan diri. Dan disebelahnya ade ruang untuk kite melakukan sendiri tindakan tersebut. Best tau. Sebab bila kita tulis kita rase lebih bersemangat dan seolah-olah motivasi tersebut macam melekat directly dalam otak kita. 

Bagi sesetengah orang maybe suka bace satu buku tu lama2. Tapi tasha lebeh suka cepat2 habis. Lagipon buku ni nipis jek. Ade 16 chapter dan hari ni jek tasha dah spend 2 jam untuk bace sampai chapter8. Excited! Kalau dah abes boleh ulang lagi sebab buku nyer tak membosankan. 

some words to say :D

"Nanti boleh pinjam tasha jek laa. " Haishh. Beli sendiri laa. Murah jek. Hurm. Bukan taknak kasik pinjam tapi buku ni macam lain siket. Tak macam buku motivation yang laen2 yang boleh kita sharing2. Sebab yang kat bahagian Kit Tindakan dan ruangan untuk kita buat sendiri tu dah macam privacy kita dah. So dah macam Little Diary kita laa kan. Deyh macha! Diary mane boleh pinjam2. No! No! No! No! Heee :P

So. Pada kawan2 yang tak beli lagi tu pergi laa kat kedai2 buku yang bersepah tu. Pergi beli buku SMILE ni. RM13. Murah jek kan. Kalau nak suruh tasha belikan pon boleh. Tapi kalau beli sendiri lagi baguss. Haha. Buku yang menarik. Pasti korang tak nyesal kalau beli.

POINT EXTRAVAGANZA ! Sambil membeli sambil beramal. Sebab royalti yang kak Irma dapat daripada hasil jualan buku ni disalurkan kepada Islamic Relief Malaysia bagi projek-projek kebajikan. 

credits to ::
KAKAK IRMA HASMIE :)
Biar sedikit asal menjadi. Asal melekat dalam hati.
Skill di tangan, InsyaAllah menjadi.
Motivasi jadi pendorong diri.
Oh! Jangan lupe pemberi Inspirasi.
Itu sebab adanya Nabi.
Luar biasa dan Elegan sekali.
Siapa lagi kalau bukan pencetus SMILE setiap hari.
Itulah dirimu yang dirai.

WINK : Terima kasih alyaa kerana teman beli. Terima kasih kak Irma untuk saat manis ini. Terima kasih Ainaa for the bad time story and terima kasih untuk awak-awak sekalian kerana menyinari hari2 tasha. Sayaaang semua :)

2 comments:

  1. best ek buku dye?? ary 2 dh pgang dh.. tp cm berat je nk beli ahahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoytttt ! berat apenyerrr. nipiss jek kowt. haha. beli jek laa. sgt best!murah jek ponn :)

      Delete