Wednesday, 24 October 2012

9 ZULHIJJAH 1433H :)

ASSALAMUALAIKUM
a very GOOD MORNING everybody :]

Alhamdulillah. Tibe juga kite di pagi yang indah ini. Rase tenang jek hari ni even tak berapa nak sehat sangat. Aduhh. Lemah betol lah kalau dah nak raye ni badan tak sehat. Nanti nak tolong masak lagi. Nak kemas rumah lagi. Nak prepare2 baju lagi. Hurm. Adeyh. Cepat laa sehat. Ngek! Jangan merungut! Tu kan ujian dari Allah. Menghapuskan dosa2 kecil. Astaghfirullahalazim. Hurm.

So kene kuat lah. Copp! Bukan motif nak story pasal keseronokn nak raye. Tapi tasha nak cerita pasal keseronokan nak jadik tetamu istimewa Allah. Semalam tengok siaran langsung Salam Baitullah. MasyaAllah. Rase terharu sangat. Rindu yang teramat walaupun belom ade rezki lagi nak ke sane. Ustaz tu kate takpe. yang penteng kene ade niat nak pergi sane. InsyaAllah. Allah akan menjemput kite menjadi tetamunya ke sana.

"Ade niat. Ade usaha. InsyaAllah." Sekarang. tasha otw tengah kumpul duit siket2. Untuk kegunaan bersama keluarga. Tapi dah niat mule2. Kalau cukup nanti nak bawak ibu gn ayah pergi tunaikan rukun islam yang ke lima tu. Ibu teringin sangat nak pergi. Atleast ayah dah pernah pergi umrah time dengan nenek dulu. Tapi apa2 pun nak lepaskan ibu pergi buat haji dulu dengan ayah. Kalau ade rezki lebih insyaAllah nak pergi juga. Doakan ye :)


Ustaz tu ade kate. "selalunya anak muda taknak pon datang ke sana, kerana mereka fikir untuk pergi ke sana adalah hanya untuk mereka2 yang veteran. ade pulak yang takut denagn situasi orang ramai. itulah. inilah. " *lebih kurang mcm ni laa ayat ustaz tu. Hurm. Nope! bagi tasha perasaan takut nak ke Tanah Suci tu takde dalam diri tasha. Cuma mungkin sedikit nervous. Yelaa. Takut kite ade khilaf kat sane nanti kan.

Ustaz ade cakap jugak, untuk dapatkan haji yang mabrur tu senang jek. Ikut segala peraturan yang ditetapkan. Dan lakukan segala ibadah dengan sesempurnanya dan elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Semuanya ade dalam takbir haji tu. 
Atau lebih sesuai bacaan talbiyah;


Mase tu ade jugak live tunjuk dari Mekah. Ade sorang nenek ni menangis teresak-esak. Mendapat panggilan ke haji dan bila dah ade kat sane dapat pulak paggilan dari tanah air tentang berita pemergian insan yang disayanginya suami yang yang tercinta. Kesian sangat tengok muka nenek tu. Seriously bergenang air mata tasha tengok. Yelaa. dah laa jauhkan nak balek pon tak boleh. Tapi Alhamdulillah. Nenek tu dah sehat. Bile tiba kat sane dah boleh berjalan tanpa gune kerusi rodanya. 

Tulah anugerah Allah. Setiap kejadian ade hikmahnya. Allah tu Maha Penyayang. Tasha nak selit sikit pesanan. Seperti yang ustaz tu kata. Allah SWT memberi kite ujian untuk menentukan tahap keimanan kita. Jadinyajika kite mendapat apa jua ujian. Sabarlah dan kuatkan lah semangat anda. Pesanan untuk diri juga. Jika kita sakit. Jumpalah Allah dulu then next baru jumpe doktor. Jangan dah jumpe doktor, tak sehat then baru nak jumpe Allah.


Untuk kawan2 yang mungkin sedang ade masalah sekarang ni. Kite kene tabah. Perjalanan kita masih jauh lagi. Teringat kata2 cikgu am time kat sekolah dulu. Hidup kite ni kene sentiase belajar dan terus belajar. Samapai kite mati. Daripada kite bayi. Belajar nak berjalan. Dah sekolah berjalan nak UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Dah habes sekolah, kat IPT pulak kite belajar untuk Diploma, Degree, Master, pHD, I.R dan seterusnya. Dah habes tu nak kene belajar carik duit sendiri nak keje. Lepas tu dah kawen nak kene belajar urus rumah tangga. Dah nak mati pulak kene belajar mengucap dan sampai laa dalam kubur tinggal kita belajar dengan malaikat utusan Allah.

Jadiknye kite kene terus berusaha dan jangan putus asa. Ucapkan Alhamdulillah untuk segalanya. Jangan kufur nikmat yang Allah beri. Dekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah. Sebab hari tu tasha tak tenang sangat setelah seminggu duduk rumah tapi sekali pun tak ngaji. Lepas solat, doa then terus habes. Then bile satu malam tu tasha mengaji lepas solat, buat solat sunat. Alhamdulillah terus rasa tenang.

Okeyh hari ni balek rumah nenek. Supposed hari ni planning nak keluar jumpe kawan2. Tapi petang raye kan. Memang susah lah nak keluar. Lagipun rumah nenek tu memang takde orang laa nak memasak kalau bukan kami yang dtg memasak. Kesian nenek. Okeyh. Nak g siap2. 

Selamat memasak semua! hehe. moga hari2 mendatang kita akan lebih redha dan tenang untuk memberi pengorabanan yang lebih lagi. SALAM AIDILADHA :)

WINK :: Eeqa. Maaf laa. Aku puasa. Taknak keluar. Lagipun tak sehat ni. Ariff! ngek ngok laen kali laa kite jumpe ye. Sorry korang.

No comments:

Post a Comment