Sunday, 28 October 2012

EID ADHA :)

ASSALAMUALAIKUM
salam aidiladha :]

Jari disusun. Salam dihulur. Ampun dipinta. Moga Aidiladha kite kali ni penuh barakah. Pagi yang indah. dengan hati yang agak sayu bercampur kesedihan. setelah sekian lama, sekali lagi Allah tidak mengizinkanku untuk sama2 solat aidiladha di pagi raya ni. Bak kata nenek, "takpe nak, kuasa Tuhan. Ade hikmah. Sabar jek. Doa banyak2 pon dah dapat pahala" . Paklong pon kasik ayat yang sama. Okeyh. Tasha redha. Hurm. Teringat tahun terakhir beraya bersama atok. Tasha yang jage atok mase semua orang pergi solat raya, atas sebab yang sama; *masalah wanita. Bahagia tengok atok yang semakin pulih pada ketika itu.

Okeyh. Kali ni hari raya masih dengan ketiadaan atok untuk selamanya. Alhamdulillah. Masih mempunyai kedua-dua nenek yang masih sihat kiranya. Setakat sakit2 tua kekadang tu biase la. Raye kali ni. Tema, "JUBAH PUTIH". So, satu family pakai jubah putih. Masalah nye adalah dengan kekanak lelaki tu. Sorang taknak pakai semua taknak pakai. Malu konon. So, diorang pakai baju raye je. Meanwhile, tasha, ibu, putri and ayah pakai jubah putih. Termasuk nenek yang nak join kami. Hee :B

SOLEHAH ! insyaAllah ~

Kali i laen siket sebab pagi raye kami masih di rumah Tanjong Minyak. Sebab tunggu ibu masak sampai tengah malam and sudahnya tunggu pagi raya je balek kampung. Lepas solat raya, breakfirst jap. Then, turun rumah nenek minah pulak.*okeyh. due2 rumah nenek saya dekat. jangan jeles deyh. Huhu. Salam2 bagai. Duduk lepak2. Makan, minum. Tengok tv then balek. Lame jugak laa. Sampai kaum2 lelaki nak pergi solat jumaat. Mesti laa lepak lama siket. Sebab diorang sumer duduk jauh2 so susah nak jumpe. Raye jek laa dapat jumpe. Kekadang diorang balek pon aku takde. So tak jumpe laa. 

Then petang, tasha bawak nenek ibu pergi ziarah kubur atok. Hati sayu. Gembira jek nenek lepas dapat jumpe kekasih hati dia. *maaf. dah dua kali raye tak pergi ziarah kubur atok. dua2 atok sekali. RINDU! Yang lelaki pulak peergi sebelih lembu. Hari ni 4 ekor. *kecik2 dulu rajen laa ikut pergi tengok. Dah besar. MALAS! HAHA. Then, petang lepak2 tengok tv. *ROMANTIKA RAYA yang sangat best. Paklong datang. Borak2. Then, tidur. Bangun. Mandi. Makan. Tengok tv. Tidur. Syiokk! Raye pertama dah habes. 

Next, raye kedua. Bangun pagi. Siap2. Pergi bawak ade ke balairaya kat surau kampung. Ade pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak2 anjuran bank islam. Makcik2, pakcik2, nenek2, and atok2 yang laen pergi mereawang kat surau untuk majlis malam tu pulak. Seronok sakan adiq mewarna. Acara sukaneka adik masuk pertandingan  pecahkan belon. *okeyh. dia memang tak pandai tiup belon sebab nafas pendek. penakut belon jugak si kecik tu. so. menang pertandingan mewarna jek. saguhati. *tak aci. sebab bebudak laen makbapak yang colour. ngek punyer cikgu tak reti menilai!

COLOURING CONTEST!

si penakut belon ! :P
si comel berlari :)

Hari kedua ni, ade korban lagi 6 ekor lembu. Bank islam sponsor. okeyh malam pergi jalan raye. wahh! rumah ateh masak meehun sup. sedap! Part yang best sebenarnye bila kitorang satu family gather kat rumah ateh and lepak kat meja luar tu.  Yep! Only the 7 of us. Kebetulan. Ayah duduk situ. Then, tasha datang lepak dengan ayah. Then, sowang sowang datang duduk situ. Borak2. Gelak2. HAPPY! Bahagia sangat. Dah lama tak kumpul macam tuh :D

Balek rumah. Ngantuk! Tidur. Nyte ^^

TAHNIAH !

WINK :: Bile hari raya mesti kawan2 lama yang dah berzaman tak jumpe tu contact balek semata-mata wish, "SALAM AIDILADHA". Ape2 pun thanks. I appreciate it. 

2 comments:

  1. Happy eid Tasya. even dah lepas tak lambat sangat kannn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoiiii budak kecikk ! selamat hari raye jugak! tak lambat sangat pon. sebulan raye kan. hehe ;)

      Delete