Wednesday, 17 October 2012

GEMPAKK PRK !

ASSALAMUALAIKUM
a very GOOD EVENING everybody :]

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga tasha update blog mengenai post yang pernah dijanjikan dulu. Pasal apa? PRK. Ingat lagi tak? Lastweek tasha ade janji nak update special entri pasal PRK ni. So, this is the time. PRK stands for Pilihan Raya Kampus. And About a month bende nih kecoh kat kebanyakan universiti. Mesti korang yang belajar kat u laen2 pon tahu kan.

dapat time dirorang buat sokongan bantahan pasal isu
hangat penghinaan nabi kite. 

So, macam mane ngan kampus korang? Mesti hangat jugak kan. Same goes to us. Selama ni tengaok daripada jauh jek. Dalam tv and so on. Now, for the first time dapat tengok depan mate. Macam mane semangatnya anak-anak muda bersatu demi menjaga keamanan tempat mereka menuntut ilmu. Dan mungkin jugak untuk menegakkan keadilan. Tampal poster sane sini. Berkempen setiap masa. Itu lah dinamakan semangat anak mudakan. Ceyh. Poyo jek ayat aku ni hah.

penyokong setia 

Mase minggu kitorang bebudak diploma tengah sebok buat final exam preparation, kakak2 dan abang2 degree yang terlibat sebok dengan berkempen. Walaupun pada mulanya ade jugak rase geram dengan perbuatan diorang yang terpekik sane sini, bersorak riuh ala2 seperti berperang, namun, akhirnya kami dapat berfikir secara rasional. Selagi kami bergelar mahasiswa/mahasiswi, itu tanggungjawab kami untuk ambil tahu segala apa yang berlaku di tempat kami belajar. Even Abang Adam Adli yang kene suspended tu pon still bersemangat turun padang tau. 

see ! ABANG ADAM yang sangat bersemangat tuh !

1 MALAYSIA ! weet.weet. HAHA
*gurau jek ye abang adam

Semua orang wajib untuk mengundi time pilihanraya nanti. Takkan kita taknak jalankan tanggungjawab kita? Bukan atas paksaan sekalipun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Macam mane pulak kite nak undi kalau tak kenal calon pemimpin kita kan? And that’s why kita harus amek tahu pasal semua tu. Supaya kita tak tersalah langkah memilih pemimpin yang salah untuk menakluki kawasan kita.

WARGA YELLOW YANG SETIA
*aku pon pakai baju kuning jugak tau 

Korang nak tahu tak. Memang agak kecoh jugak laa kat kolej and kampu tasha. Pro-A dengan Pro-M masing2 sebok dengan manifesto masing2. Even kekadang agak tertekan dengan kekecohan tu sebab kitorang bz dengan test segala bagai. Tapi kitorang sempat jugak dengar mereka berkempen. Ade jugak yang same2 turun dan ikot berkempen sebagai tanda memberi sokongan. Tak kira siapa pon yang kita pilih atau siapa pon yang menjadi pemimpin. Apa yang kami harapkan adalah keamanan dan kebajikan kami terjaga. Jangan lah hanya diatas kain rentang dan kertas manifesto sahaja.

sesi fotografi bersama abang adam

Kalau nak ikotkan kan, kat tempat kami ni banyak lagi yang perlu diperbaiki. Mungkin bakal pemimpin kami akan memperbaikinya, tak banyak atleast ada sikit perubahan. Lepas pilihanraya tu, ade sikit masalah yang berlaku bila kami pelajar diploma dibuang kolej beramai-ramai. Konspirasi atau peraturan kami terpaksa akur. Tapi lepas kejadian tu baru kami tahu siapa yang benar2 layak berada di atas tampuk kepimpinan tersebut. 

"moga segalanya diberkati olehNya. Aaamin ~"

p/s jangan hanya kerana satu cabaran kite mengubah pendirian kite. tetap lah pada pendirian anda. kalau setakat takut kene buang kolej sebab salah buat undian jangan jadi manusia yang mempunyai akal dan fikiran. jadilah diri anda dan jangan lah mengkhianati pemimpin anda. 

HIDUP MAHASISWA PENDIDIK !!!

WINK :: Alhamdulillah. Tasha tak salah membuat undian hari tu (:

No comments:

Post a Comment