Tuesday, 25 December 2012

siapa aku?

ASSALAMUALAIKUM
selamat malam sahabat :]

Hurm. Setiap hari. Semakin lama. Semakin aku tak kenal diri aku lagi. Dah puas aku merayau. Dah penat aku mengejar. Dah semput aku mencari. Tapi aku makin sesat. Aku sesat dalam diri aku sendiri. Semakin aku cuba untuk mencari identiti aku. Semakin aku tak kenal siapa diriku sebenar. Sedih! Terasa keseorangan walaupun aku ada sahabat2 yang sangat baik dan penyayang. Bukan mereka yang aku persalahkan. Mungkin aku belum cukup kuat. Tiada manusia yang sempurna. Itu hakikatnya. 

Ya Allah. Kau berikan lah aku kekuatan. Jihad ku. Azam ku. Semangat ku untuk mengejar cahaya Mu. Kau tingkatkanlah keimananku. Kau berikanlah aku kekuatan yang sempurna. SesungguhNya aku lah hambaMu yang kerdil yang masih meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari jalan keluar yang bahagia. 

Di manakah ramahku yang selalu menyapa orang2 untuk membina silaturrahim. Di manakah lawak jenaka ku yang turut menyertai gelak tawa sahabat dan keluarga sewaktu bergembira. Di manakah air mata ku sewaktu aku harus rase kesedihan itu. Di manakah senyum manis ku sewaktu aku harus rase kan kebahagiaan itu. Di manakah kesetiaan ku yang selalu mengiakan kata-kata mereka. Di manakah semangat ku sewaktu aku terjatuh dari lenaku. Di manakah kematanganku yang bijak berdikari mengatur langkah hidup ku.

Ya Rabb. Aku tidak mahu menjadi orang yang buta hati. Yang tidak ade perasaan terhadap apa yang berlaku disekeliling ku. Ya Rabb. Aku tidak mahu kehilangan mereka yang aku sayang itu gara-gara aku kehilangan diri ku. Ya Rahman. Ampunilah dosa hambaMu yang hina in. Ya Rahim. Kau lindungilah daku. Ya Allah. Peluklah hati ini supaya aku sentiase tenang dan kuat berada disamping Mu. 

Aku beryukur kepadaMu Ya Allah Yang Maha Esa. Aku beryukur atas segala nikmat Mu ini. Aku bersyukur kepada Mu atas kurniaan insan-insan yang menyayangiku. Aku bersyukur atas segala kesempurnaan diriku. Aku beryukur kerana dibukakan pintu hati ku untuk kembali kepada jalan yang benar. 

Hanya aku minta jauhkan segala kemungkaran agar akhlak ku terpelihara. Berikanlah ku kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Berikan aku kekuatan untuk mencari diriku yang sebenar. Aamin. Ya rabb al amin. 

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. 

Teruskanlah tangisan itu andai kau akan rasa tenang dengan cara itu. menangisbersendirianagarmendapatketenanganwalaupuntanpasetitisairmatayangmengalir

ps/ bantulah aku wahai sahabat-sahabat ku. 
cc: khairul syazwani, nadia nurul nabihah, sharifah shakinah, hafizah amin, dll

WINK :: Moge Allah SWT tetapkan imanku :") CEPATLAH HARI JUMAAT!

No comments:

Post a Comment