Friday, 1 February 2013

HELLO FEBRUARY ♥

ASSALAMUALAIKUM
hai awak awak :]

Apa khabar? Sehat?? Alhamdulillah. Maaf. Tersangat busy. Tak sempat update blog. Update pon pasal 3.142 Contest hari tu jek. Heee. Ade jek update tp tk sempat publish. Later I publish kan okeyh? Dah sebulan berlalu... Hows new life? Alhamdulillah... Say it*

Apa pon yang berlaku. kene tabah. Kene kuat. Allah takkan uji hambaNya jika tidak dengan kemampuan mereka. ingat tu! In syaa Allah. tasha akan lebih kuat! teruskan perjuangan hidup yang semakin mencabar. baru bulan pertama dah macam2 dugaan. Ya Allah. Ku mohon kekuatan daripadaMu. 

peluklah hati ini Ya Allah ...

Terima kasih kepada insan2 mulia yang sudi hadir dalam hidup tasha samada rela atau terpaksa. Kepada mereka yang masih tidak dapat menerima kekurangan diri ini. Tasha mohon kemaafan. Tasha sudah cube sehabes baek untuk menjadi sahabat dann saudara  yang TERBAEK untuk anda semua. Jika perubahan diri ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya menjadi penghalang antara ukhuwah kita. Tasha mohon berjuta kemaafan kerana ini pilihan tasha. Anda berhak mebenci diri ini... Tapi tidak untuk menghukum.

Jika anda membenci diri ini. Maaf kerana tasha hanya hamba Allah yang lemah lagi hina. Tiada yang lebih indah daripada kata MAAF yang tulus dari hati ini. Ampun maaf dipinta. Mohon diberi penjelasan atas segala kesilapan. Tasha sedia mendengar sekalipun air mate akan laju mengalir. Saya akur jika itu silap saya. Tapi mungkin anda perlu penjelasan jika anda salah faham. Jangan dibuka aib saya. Mohon! Mohon sangat2! Tak perlu dihebah kekurangan diri ini. Jumpe saya dan beri tahu. Tasha merayu. Terima kasih anda semua kerana meningkatkan kesabaran ku :')

MAAF :'(

Kepada mereka yang menyayangi dan menghargai diri ini. terima kasih yang tak terhingga. Sokongan dan semangat daripada anda sangat sangat dihargai. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan insan mulia seperti anda. Jasa baik anda hanya Allah SWT yang mampu balas. Doakan tasha terus kuat untuk hadapi semua dugaan ini. Moge tasha tak cepat putus asa. Moge silaturrahim kita sampai ke jannah. In syaa Allah. 

Februari ini adalah langkah terakhir ku untuk memperbetulkan segala kesilapan diri ini sebelum kaki terus melangkah ke alam dewasa. Anda yang membenci diri ini, tasha perlukan anda untuk menegur kesilapan diri ini. dan kepada semua tasha mohon untuk terus mendoakan kejayaan bersama. moge semua mendapat syafaat dan keredhaanNya. terima kasih semua (:

SEKEPING HATI ...

Wadah itu adalah hatimu! Dengan hati, kamu merasa. Dengan hatimu, kamu menanggung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu hanya sekecil glas, tetapi jadikan hatimu umpama telaga yang mampu menyerap kepahitan dan mengubahnya menjadi segar, tenang dan bahagia.

"Firman Allah SWT : "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, hati manusia menjadi tenang" (Ar-Ra'd 13:28)

...ZIKIR... itulah perkara paling mudah yang sangat sukar untuk tasha lakukan. kenapa ye? Ya Allah, bukakan hati ini untuk membasahi lidah dengan zikrullah...

terima kasih Allah atas ujian ini :)
BEING STRONG AND STRONGER :')

WINK :: Stress nyer banyak keje tertangguh. btw. Few days to go. Weee~

No comments:

Post a Comment