Sunday, 3 February 2013

Maaf =="

ASSALAMUALAIKUM
salam sayang buat semua :]

Astaghfirullah'alazim. Ape yang dah berlaku sebenarnye ni? Ape yang dah aku buat?? Wahai sahabat, jangan salah faham. Jangan terime berita yang anda tak pasti kebenarannya. Pengalaman pahit mengatakan jangan mudah percaya khabar angin yang belum ada kepastian benarnya. Maaf. Maaf sekali lagi.

Sebelum menjadi parah, molek diperbetulkan. Bukan ku insan yang suke mengadu domba nasib seperti dahulu. Aku serik! Tidak akan berkongsi kisah hati ku pada siapa pon lagi. Bukan ku insan seperti yang kalian sangkakan yang mencanangkan kepada mereka sekeliling bahawa aku tak dipeduli. Tidak pernah keluar dari mulutku mengatakan kalian mementingkan diri sendiri. Tiada pernah ade niat dihatiku untuk membuka aib bahkan menabur fitnah terhadap sahabat2 ku. Malah aku bersyukur punya sahabat dan teman sebaik kalian. Keikhlasan kalian dalam perhubungan tidak pernah ku sangsikan. Sehinggakan ayahku pernah berkata, "kenapa tidak melayan adik-adik seperti melayan kawan yang boleh dipeluk cium beramah mesra." Jelas bagaimana tinggi nye nilai persahabatan kita sehingga aku kadang2 alpa dengan keluarga. Maaf.

Ye. hidup punya pilihan. dan kita yang bertanggungjawab atas pilihan kita. Aku pilih untuk bersendirian. Kenapa? Maaf. Ia terlalu rumit dan sangat sukar untuk dikongsikan. Bila datang kekuatanku, akan ku kongsikan bersama kalian. Apa yang boleh diberitahu, sedangku mencari kembali diri ku yang hilang ntah ke mane. Aku sendiri pening dengan apa yang berlaku pada diri ku. Semangat ku hilang. Mungkin juga aku dibuai perasaan yang bergolak kerana teramat rindu akan keluarga ku. Maaf sahabat. Semua kesulitan dan keperitan yang ku alami dan jua pilihan hidup yang ku pilih atas sebab ku tersendiri. Tiada kaitan zahir dan batin antara kita. Terpulanglah sama ada untuk kalian percaya atau tidak. Maaf.

Bukan ku tak ingin bergembira dengan kalian. Cuma emosi dan keadaan ku yang tak stabil dan sangat tertekan buat aku tiada feeling untuk bergembira walau dengan siapa pon. Kenangan suka duka yang kita cipta bersama tak pernah ku lupe walau sesaat. Usah risau. Aku hanya inginkan masa untuk bersendirian. Izinkan ku... Terima kasih sahabat. MAAF :'(

Wahai sahabat. Maaf kan diri ini atas segala bicara kata, perbuatan dan segalanya....

pesanan dari seorang sahabat yang selalu ku ingat, "....u should be thankful..at least you have everyone around you..kau ader Dia..maner2 pergi ade Dia...ckap pada Dia...mnangis mngadu pada Dia..."

Sayaang korang <3

WINK :: Maaf. Maaf. Maaf. Maaf. Maaf atas segalanya. I love you all lillah <3

No comments:

Post a Comment