Sunday, 24 March 2013

semester 4 :)

ASSALAMUALAIKUM
selamat petang tengah hari semua :]

Bertemu kembali kita. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ni. Dah selamat tasha dan kawankawan menamatkan sesi pembelajaran kami untuk semester ke-4 di UPSI tercinta ni. Syukur. Syukur. Syukur. Moga segala ilmu yang kami pelajari akan diberkati oleh Allah SWT dan moge dilembutkan hati pemeriksa yang menanda kertas kami untuk memberi markah yang cemerlang kepada kami. Moga kami memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 4 yang baru berakhir seminggu yang lalu. Aaminn. Ya Rabb :') *angkat tangan minta doa dengan hati yang tulus

mine. for you. only you. all of you :*

Semester 4 aku lalui dengan hati yang penuh tabah dan cekal. Melangkah ke alam 20-an membuatkan aku lebih kuat. Yes! Aku merasai perubahannya sendiri. Terima kasih kepada Allah SWT yang meminjam aku sedikit kekuatan. Syukur. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada sahabat2 yang selalu menyokong aku dari semua sudut. Depan belakang kiri kanan. Aku takkan pernah lupe akan kehadiran mereka dalam kamus hidupku. Mereka laa senyum tawa dan air tangisan ku. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal sudah jatuh cinta dan bertambah sayaang. Terima kasih semua. Sayaang korang semua <3

Credit to : warge harmoni; tasha de twin, alyaa taemin, evy cikgu disiplin, diela razali, feeza de cousin, huda tajimah, ainaa kamaruddin, sharifah shakienah, bibi amaleena aishah, kak farahwahida, coreen, cekton, geng taman segar; ejat, ziera, yana, finie, simisimi, dan jejaka2 malaya. juga kepada semua kekanak upsee. 

Mohon dihalalkan segala ilmu, makan dan minum serta apa jua yang terambil. Mohon ampun maaf jua atas segalanya. Terima kasih kerana menjadikan aku lebih dewasa. Tanpa kalian aku tak kenal erti kehidupan di dunia dan tanpa kalian tiada seri keceriaan warna warni pelangi dalam hidup ku. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. FOR EVERYTHING :)

Selama bercuti kepada anda semua. Jangan lupe cari tempat untuk praktikal nanti. Enjoy your holiday. Jumpe lagi semester 5 nanti. Semester terakhir yang akan dihiasi dengan segala pengalaman pahit manis. Moge itu bukan pengakhirnya. Ya Allah. Kau teguhkan laa tali persahabatan kami. Aaminn Ya Rabb... Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku seorang ibu dan ayah yang sanggup bersusahpayah membesarkan ku. juga adikberadik yang menjadi teman setia, serta sahabat2 tersayang :)

WINK:: kene balek sendiri naek bas mase semester break memang sangat menyakitkan. ohh ayah. sila cepat sembuh. akak rindu kekuatan ayah yang dulu. sayaang ayah banyak banyak :')

No comments:

Post a Comment