Thursday, 13 June 2013

Hanya kerana mulut

Assalamualaikum.
Moga kalian berada dalam keadaan sihat hendakNya :)

Kadangkadang kita di atas. Kadangkadang kita di bawah. Kadangkadang kita buat baik. Kadangkadang kita buat jahat. Kadangkadang kita lakukan kebenaran. Kadangkadang kita lakukan kesilapan.

Kita manusia yang lemah. Kita hamba yang hina. Tak lepas daripada melakukan kesilapan. Tiada yang sempurna melainkan Dia Yang Maha Esa..

Dia lakukan kesilapan kita tegur dan berharap apabila kita melakukan kesilapan ada yang sudi menegurnya. Bukan dihina atau ditertawakan, malah hulurkanlah bantuan agar dia kembali ke jalan yang benar.

Pesanan daripada seorang sahabat yang saya selalu ingat, "..jangan tekankan salah pada orang laen".

Jangan hanya kerana mulut kita yang menuturkan bicara 'manis' itu, kita tunding jari sane sini, kita hina orang itu ini, kita tertawakan mereka. Jangan... jangan lah.

.... kerana mungkin ada hati yang akan terguris.

Dia tak salah. Dia cuma perbetulkan dan tegakkan keadilan dan hak2 yang sepatutnya diperolehi. Cuma mungkin caranya yang salah. Doakanlah kebaikan nya. Jangan dicacimaki nya. Doakan yang terbaik dan mohon agar kita sama2 kembali ke jalan yang benar.

Pesanan saya, janganlah tuduh yang bukan2 jika kita tak pasti kebenarannya. Kata2 orang2 itu hanya 0.001% sahaja yang boleh dipercayai. Selidiklah dahulu. Berfikirlah secara rasional dan profesional. Jangan hanya nila setitik habis susu sebelanga. Kerana apa kita tidak membantunya memperbetulkan kesilapannya?? Tepuk dada tanyalah iman ;)

WINK:: hanya nukilan biasa, pesanan untuk semua, permintaan daripada seorang insan yang kerdil. Moga bermanfaat, saudari ....

Salam sayang, wassalam :)) ♥

No comments:

Post a Comment