Wednesday, 10 July 2013

Ahlan wasahlan Ya RAMADHAN :))

Assalamualaikum semua.

Apa khabar iman anda hari ini? Hati cukup kuat? Alhamdulillah.

Rasanya belum terlambat lagi nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK dan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Baru hari kedua dan berharap semangat tu masih tinggi dan akan terus bertambah dari hari ke hari. In syaa Allah. Aamin.

Di kesempatan ini, tasha nak mohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap yang tasha dah lakukan kepada semua. Dari hujung rambut sampai hujung kasut. Semuanya. Zahir dan batin. Harap dimaafkan. Moga Ramadhan ini dapat tasha mulakan perjalanan yang baru. Terima kasih semua :')

Alhamdulillah kepada sesiapa yang dapat menyambut Ramadhan dengan ahli keluarga baru. Dan pada siapa yang terasa kehilangan dan kesepian menyambut Ramadhan, harus sentiasa bersyukur kerana sekurang kurangnya kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadan di bulan mulia ini. Alhamdulillah :))

Mari perbaiki kelemahan diri. Serulah hati untuk mendapat keredhaanNya tanpa menanti seruan itu datang. Allah telah berfirman dalam surah at-taha ayat 132, "dan perintahkanlah keluarga mu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada mu, bahkan kamilah yang memberinya. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa. "

Doakan tasha dan kawankawan dan keluarga tersayang terus istiqamah ye. Kami mendoakan untuk anda semua juga. Terima kasih. Sayang semua :* ♥

::gembira setiap kali sahur dan berbuka ibu tolong kejutkan. Terus tabah hati selepas 8 tahun berpuasa tanpa keluarga disisi. Hati, tolong kuat :') -strongdaughter::

No comments:

Post a Comment