Monday, 21 October 2013

GUMMY BEARS

Bismillahirrahmanirrahim
hyeee :]

Jadah apenye gummy bear ni?? Haha. Bulan 11 nanti ade konvokesyen tadika. So, kekanak ni nak buat persembahan. Makanya aku jadi laa tenaga pengajar untuk persembahan tu memandangkan cikgu2 laen malu sangat nak joget. Apelaa. Kekanak jek pon.

Seronok tauu. Baru sekali tengok dah hafal step dah. Haha. Hebat. Bebudak kecik ni pon laju jek kalau bab menari ni. Sekali aku bukak lagu hindustan pon pandai jek memaseng joget. Haha. Tapi lagu Gummy Bears ni ala2 senamrobik jugak laa.

Dan. Adakah sebab ni aku kurus?? Ehh. HAHA. Pagi petang ajar. Mahu tak turun berat aku. Makannya tak tentu pulak. Huhu. 

Nah tengok video ni. Pastu try laa joget kalau tak berpeluh. Haha. Nitee!



No comments:

Post a Comment