Thursday, 10 October 2013

SAMAN !!!

ASSALAMUALAIKUM :]

Dan kisahnye begini. Hari ni hari Khamis dan semestinya abang cuti. Dan kereta tersadai di rumah. Tanpa segan silu aku bawak lari kereta tu. Selesai tugas di tadika, call wani then ajak keluar.

Ceritanya nak beli baju untuk dinner nanti tapi sudahnye ke Melaka Sentral jek sebab teman wani beli tiket dan lepas tu aku malas nak jalan2 lagi. Beli cool blog lepas tu lepak kt McD. Tumpang duduk jek. Hehe. Borak macam2. Dah lama tak jumpe kan. Macam2 laa cerita. Topik hangat pasal final year dan pasal kawen. Hoho.

Lepas tu, balek. Baru nak start enjin adik pon panggil suruh tengok kertas kt wiper kereta. Ohmaiii. Ohmaiii. Ohmaiii. SAMAAAANNN! Dushh!!! Macam mane aku boleh lupe letak kupon kat situ. Dushhh. Tu laa. Elok jek kerajaan buat parking depan tu. Malas punye pasal nak pusing2 carik parking dah kene saman. Adeyhhh. Malu!

Dan ntah bila aku nak bayar saman tu. Within 14days. Huhuhu. Cuakk. Takot ibuayah tahu. Heee.

WINK:: Pengajarannya jangan lupe letak kupon parking ye sebelum tinggal kereta. Huh!

No comments:

Post a Comment