Monday, 25 November 2013

DIAM. dan itu lebih baik :))

Benar, DIAM ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERBICARA.

Kata-kata kita yang berbisa dan sering menyakitkan hati orang itu harus dihentikan dengan segera. Jika orang membenci mendengar bicara kata kita, apa salahnya kita berdiam diri. Daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati orang apatah lagi menambahkan dosa kita dengan fitnah dan sebagainya.

Kenapa perlu kita menagih kasih orang? Kenapa perlu kita mengadu domba dan menabur fitnah? Kenapa kita perlu berceloteh tanpa motif dan faedahnya? 

Tidakkah lebih baik jika kita berdiam diri dan mengekuarkan kata-kata apabila perlu dengan perkara yang penting dan berfaedah? Bukankah itu lebih menyenangkan kehidupan kita tanpa ade gangguan dan kutukan daripada  orang lain yang mungkin tidak selesa dengan kata-kata seeengaatt kita tu :))

Credit to Encik Google and www.brotherhoodarts.com

Ye. Saya telah mempraktikkannya. Menuturkan kata-kata apabila perlu. Tidak menjaga tepi kain orang. Tidak berlawan cakap. Membuat kerja tanpa rungutan. Dan saya akan bersuara apabila ada perkara penting ataupun mahu berbual dan bergurau senda bersama ibuayah, keluarga dan sahabat. Dan, kini saya lebih tenang. Alhamdulillah :))

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam al-Bukhari dan Muslim,
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat. Maka hendaklah dia BERKATA BAIK atau DIAM...

WINK:: Saya sudah. Anda bila lagi? Selamat beramal :)) Salam PRK(!)

No comments:

Post a Comment