Saturday, 9 November 2013

DRAMA MELAYUU.

CEREKARAMA : KARMA ABAH

Sape yang dah tengok drama ni td kt TV3 jam 10 malam memang akan memahami apa yang aku cube sampaikan ni. Tu pon kalau anda anda mempunyai perasaan laa. Drama yang sangat DRAMAA. Huh!

Sinopsis: mengisahkan seorang insan bergelar Abah yang mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinanye bersama seorang wanita yang bertudung litup yang sangat-sangat baik bergelar mak. Abah bekerja sebagai seorang tukang kebun di sekolah anak perempuannya. Mak sangat rajin bekerja dan baik hati. Seorang yang cekal lagi tabah. Mak menguruskan sebuah restoran di kampung. Mak membeli kebun dan meminta abah membantu menguruskannya tp abah enggan kerana malas bersusah payah. Suatu hari abah berkenalan dgn pekerja baru kantin sekolah yang sedang mencari rumah sewa, Liza. Liza seorang gadis yg mulanye kelihatan sangat baik tapi berniat jahat. Liza menggoda abah sehingga nafsu abah tak terkawal lagi. Adik lihat segalanya tentang abah dan Liza. Sangat marah. Sehingga satu hari mak mendapati abah sedang melakukan hubungan sulit dengan liza di rumah sewanya. Hati mak sangat sakit. Akhirnya, mak setuju mengizinkan abah berkahwin dgn liza. Mak membanting tulang menguruskan restoran dan juga kebun. Perangai liza yg gedik sangat menyakitkan hati mak dan adik. Adik menghubungi abang yang bekerja di bandar tentang segalanya. Mak menahan segala perit jerih yang dilalui apabila terpaksa mlihat kemesraan abah dan liza yg tinggal di rumah sewa nye dihadapan banglo mereka. dan akhirnya mak meninggal ketika solat di tengah malam. liza mengajar abah pindah ke bandar dengan alasan untuk menghilangkan segala kesedihan abah. abah memberi alasan tiada wang tapi liza menyuruh abah menjual segala aset arwah mak termasok kebun rumah dan restoran. mereka membeli rumah di bandar atas nama liza. liza menyuruh abah berjumpa dengan kawannya yg konon boleh membantu abah menguruskan perniaagaan baru nya. habes semua wang modal ditipu oleh jaafar, kawan liza. esok nya liza ingin meninggalkan abah di masjid dgn alasan ingin singgah solat sebentar sementara menyambung perjalanan ke rumah saudaranya. Puas abah mencari liza dan abah sangat terkejut apabila mendapati tanda notis jual rumah baru nya. Abah sangat menyesal dan sanggup tinggal di van buruk depan masjid utk menginsafi dirinya. akhirnya abah jadi gila kerana tertekan dgn hidupnya. Abang dan adik menjaga abah mereka. liza dan jaafar bekerja sama menjalankan kegiatan jahat mereka. 

PENGAJARAN: 
1- sebagai seorang bapa harus bertanggung jawab atas rumah tangga yang di bina. menjadi seorang suami dan bapa sangat berat tanggungjawab nya untuk memberi nafkah dan menyediakan keperluan keluarga. *jangan kawen kalau tak sanggup pegang amanah tu.
2- menjaga maruah dan mengawal nafsu. syaitan berada di sekeliling kita. *berzina itu haram
3- jangan mudah percaya kepada seseorang sekiranya baru dikenali. dan harus membuat keputusan yang bijak dan merancang sebaiknya. 

PS. dan makanya aku sangat emo bila tengok drama sadis ni tadi. huh. sakit hati weyh. dah laa abah nye sangat malas dan tak kenang jasa mak. lepas tu boleh pulak buat hal dengan perempuan lain depan mata isteri sendiri. perempuan gedik tu pulak muke tak malu macam orang takde maruah. rase macam nak sepak jek muke perempuan tu. lepas tu abah dia senang2 jek jual semua harta mak dan bagi kat perempuan yg dia tak kenal asal usul tu.

WINK:: mohon kepada lelaki-lelaki memikul tanggungjawab wanita-wanita dan jangan sakiti hati mereka. terima kasih :))

No comments:

Post a Comment