Saturday, 25 January 2014

Latihan Industri : PART 2

ASSALAMUALAIKUM
hello people :]

Alhamdulillah. Setelah 10 minggu menjalani latihan industri (*praktikal). Tamat sudah tugas dan khidmat sebagai pelajar praktikal di Melaka Tropical Fruit Farm. Mula 4 November 2013 hingga 10 Januari 2014. (*extra sampai 11 Januari). 

Pengalaman pertama bekerja dengan syarikat lain. Alhamdulillah. They gave me a lot of experience yang takkan pernah aku dapat daripada tempat lain. Di situ kite diuji dengan pelbagai ragam orang. Pelbagai macam dugaan. Pelbagai macam kerja. Belajar kenal dengan orang sekeliling. Belajar buat kerja admin. Belajar berurusan dengan customer tempatan and foreigner. Belajar datang awal. Belajar rase takot bile datang keje lambat. Belajar etika pemakaian di office. Belajar kawal emosi. Belajar tolak ansur. Belajar hormat menghormati. Belajar tolong menolong dan yang penting aku belajar untuk menjadi orang yang lebih bertanggung jawab dengan kerja yang diamanahkan untuk di laksanakan mengikuti tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah :)

Terima kasih kepada semua warga MTFF. Terima kasih kpd Puan Liza yg dah terima sy bekerja di sana. Even dapat bersama sekejap jek. Terima kasih kat kak fayrus yang dah jadi penyelia yang sangaaaaaattt baik. Yang gigih memberi ulasan utk setiap minggu punye report even dah sampai takde idea nak tulis ape. Hehe. Terima kasih kat kak nurul yang sangat sangat baik hati layan si kecik ni. Terima kasih kat kak ekin, cik raziyah abang adi, abang rohim, kak wana, kak mala, cik bibah, kak suzie and dayah and semueeeeee. terima kasih sangat2 atas tunjuk ajar kalian dan kerjasama uolls. Best sangat kenal dengan semua orang yang sangat peramah :)

Rindu sangat. Kat sane paling rapat gn kak nurul gn kak fayrus. Rindu sangat nak gosip2 gn kakak2 kesayangan dua orang tuuu. Rindu sangat nak lunch same2. Stay utk nightwalk duk kat chalet. Jalan2 pusing2 naek kereta. Tengok movie same2. Arhhh. takleyh nak ingat semua kenangan tuu. Nak nangess. Rindu sangaaat. Even baru kenal tapi baeknyee dorang layan si kecikkk yang tak berapa nak kecikk ni. Akakkkkkkkkssss. kite rindu kat akak duorang nii. :"(

Kalau kak nurul tu bole laa jumpe kt MTFF tu. Kalau kak fayrus tu susa siket sebab kak fayrus same2 berhenti gn aku sebab dye dapat tawaran polis. Alhamdulillah. Akak jage diri kat sane tauuu. Nanti habes 6 bulan tu nak kawen dah kan. Jangan lupe jemput tauu. Kak nurul pon. Jangan sedih2 dok kt ofis tu. Kitorang tak penah lupe akak. Takpe ade budak praktikal tu bole teman akak. Kak ekin pon ade kan. In syaa Allah ade rezki akak yang lebih baek nanti. Kite doakan akak2 murah rezeki. Nanti kawen WAJIBB jemput si kecik ni tauu :D

And kepada mereka2 yang aku kenal kat sane termasuk laa budak outrec tu. ohh kakak. stop gossiping us. We are just friend okeyh. Tu pon untuk beberapa hari jek. Haha. Kerana sebotol air oren. Oh terima kasih laa kerana belanja aku. Haha. Lawak laa. 

Terima kasih Ya Allah untuk beri ku semangat dan kecekalan berterusan. Terimakasih jugak kat ibuayah yang sudi hantar g keje hari2. And dua orang kakak kesayangan ni jugak yang tolong amek and hantar setiap hari for the last week. Terima kasih jugak kepada My Mr Big A yang bagi semangat setiap hari. And utk kawan2 yang banyak tolong. Love you all :*

Thank you all. Gonna miss all the moments at MTFF :")

rindunyeeeeeeeeerrr :"(

thankyou for this farewell party :')

<<10 LESSONS TO BE LEARNED>>
1. Hormati orang sekeliling.
2. Terima segala teguran yang diberi dan perbaiki kesilapan secepatnye.
3. Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala tugas yang diberikan. Jangan melawan!
4. Kawal emosi dan sentiasa senyum. Mesra.
5. Jadi pekerja yang baik dan beretika.
6. Datang awal setiap hari *jangan jadi macam aku
7. Pakaian kemas dan bertika *peliss jangan ikut aku sesuke hati jek
8. Belajar dengan cepat *mcm aku pakej tu pon dah nak habes baru hafal
9. Buat report on time.
10. Amek pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin.

#banyak lagi yang telah dipelajari. tapi ini antara yang penting untuk dipelajari jika anda seorang student praktikal.

WINK:: Terima kasih daun keladi. Sayang semua sentiasa di hati :')

No comments:

Post a Comment