Sunday, 2 February 2014

February 2014 ♥

ASSALAMUALAIKUM
salam sejahtera semua :]

Alhamdulillah, seperti biasa, ade bulan2 istimewa bagi aku setiap tahun termasuk tahun ni juga. So, antaranya bulan kegemaran aku ialah FEBRUARI! Yep. As always aku akan tunggu kemunculan February setiap tahun. Alhamdulillah. Sudah tiba Februari untuk tahun 2014 ni. Syukur :))

Sempena bulan istimewa ni, seperti biase aku ade 6 hari untuk mencapai sesuatu sebelum tiba masanya. Dan aku cuba dan terus mencuba. Selain daripada hari terindah aku yang akan tiba tak lama lagi pada bulan istimewa ni. Bulan ni juga akan sangat menyentap hati luluh ni sebab aku kehilangan insan2 yang aku sayang pada bulan Februari. Allah. Sungguh aku rindukan mereka. Al-fatihah untuk mereka yang aku sayang moga roh sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan soleh :"( *lap air mate

Untuk setiap bulan februari aku akan ingat mereka even setiap hari pon aku ingat arwah atok kesayangan dan abang fitri. Ya Allah. Rindunyeeeeeeeer :"( . Dan paling sedih bila untuk Februari tahun ni ade lagi kesayangan yang meninggalkan aku. Ya, mungkin bukan kesayangan aku, tapi dye kesayangan kepada adik aku (*for the real adopted sibling). Tetap aku merasa kesedihan itu.

........

1 Februari 2014, 3.35 a.m.

"Assalamualaikum kak. Akak dah tidur ke?" 
"Ermm aah *maklumlah aku kalau tidur mmg nyenyak
"Dah sedar belom ni? Bangonlah kak..." 
"Erm okeyh dah. Dah. Dah. Kenapenye ni call pepagi buta? Nape tak tidur lagi ni...?" 
"Akak....ayah dah meninggal...huhuhu *suara dye menangis sedu sedu"
"huh! *terbeliak bijik mata" "innalillahiwainnailahirojiunn...bile nye ni deq? sabar k..."
"tengah malam tadi. akak bagitau mirul and semua orang tauu... *nanges lagi"
"erm okeyh in syaa Allah. awk sabar k. nnt ape2 call org tauu."
"kbyee kak" *tutt tutt tutt. telefon dimatikan

okeyh. ni bukan drama yang direka tapi serious conversation for the real. Aku keluar kat ruang tamu rumah yang terang benderang. Amek tab. Dan pegang fon sebelah lagi. 'Betol ke ni?' Sumpah terkejut dengan berita begini pepagi buta ni. Tengok call log semua 'Adeq Akeym STAR, 3.35a.m, Today' 

Okeyh then. New message > typing "be strong my dear. anything just call me, okeyh" > sending > delivered. On tab. dan tak tahu nak buat ape. Habes aku scroll sorang2 punye contact number. Nak kejut sape2 ni pepagi buta ni. Hurm Hurm. Facebook. Twitter. dan Haikal. Termenung kejap. 

Pagi tu bangon bagitau ibu, "ayah akeym meninggal. kite pergi melawat ea ibu." "okeyh siap nanti kite pergi kejap lagi'' pergi bilik achik, kejut kan dye dan bagitau. semua siap2 dan kitorang pon gerak pergi rumah dye. naseb ingat jalan sebab pernah pergi sekali masa raya lepas. sampai2 tengok tak ramai orang pon. pastu jumpe dye senyum senyum then dye panggil mak dye. salam salam. then duduk. jenazah dah dikebumikan pagi tadi. sebab aku lambat. jadi mak dye jemput makan tengah hari. okeyh malu. saya bukan datang na makan la makcik. lagipon kt umah tadi dah makan. so, just minum air, makan buah2, ibu borak2 gn mak dye.

kejap lagi tu aku panggil dye duduk sebelah then borak2 kejap. siyess. rindu. and adek aku uw dah kurus. dye pon cerite semua semua nyee. aku pandang muke dye. dye nampak kuat. tapi mata dye tak pernah tunjuk dye kuat. aku faham keadaan dye. kalau aku pon mmg tak berhenti air mata meleleh. jumpe kakak dye. merah mata tak berhenti menanges lagi. adek2 dye. abang dye mcm ok. mak dye pon nampak tenang dah. yee. mane mungkin semudah itu tenang. aku faham. moga mereka sentiasa tabah. moga arwah ayah dye tenang di sana. sayu. sayu sangat. then, macam dah lame kt umah orang tu. Kami pon gerak balek. "sabar tau. be strong. jage diri okeyh :')" "okeyh kak" and byeee.

Sedekah kan Al-Fatihah kepada ayah adik angkat aku, Muhammad Nur Hakim bin Nawawi, yang telah kembali ke rahmatullah pada 01.02.2014. Moge arwah ayah nya, Nawawi bin Musa, ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan sentiasa tenang. To my adek akeym, be strong okeyh my dear. Jage mak tu. Awak lelaki dan akak tahu awak kuat. Jage diri jugak. Makan tau. Dah kurus dah tuu. Jadi anak yang soleh. Kitorang semua ade dengan awak. take care and love you :))

... Itu cerita permulaan Februari 2014 aku. Sayuu. Moge aku sentiasa amek iktibar dan insaf. Allahu -_-

WINK:: He is too strong to be strong. Beginning of the february. Kite tak pernah tahu ape yang akan jadi...

No comments:

Post a Comment