Monday, 17 February 2014

Ikhlaskanlah Hati Anda

ASSALAMUALAIKUM
hyeee :]

Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan semua orang.

Ikhlaskan lah hati anda bila anda melakukan sesuatu pekerjaan. Samada rela atau terpaksa. Samada kerja berbayar atau sukarela atau perintah. Ikhlas. Ikhlas. In syaa Allah. Segalanya akan dipermudahkan olehNya. Aamin...

Bila kite bekerja secara ikhlas, in syaa Allah. Urusan kita akan dipermudahkan. Kerja sukar jadi mudah. Kerja banyak jadi sikit. Kerja penat jadi gembira. Ya. Kita akan bergembira bile kite bekerja dengan ikhlas. In syaa Allah.

Menceritakan pengalaman...

Setelah satu semester berhempas pulas untuk final year which come with final exam. Tangan ni dah lama tak menghulurkan bantuan di tadika ibu. Kaki ni dah lame tak menjejakkan kaki ke sane. Otak ni rase macam tak pernah ingat ibu ade tadika. Sampai bila cuti panjang bermula setelah tamat latihan industri. Hari pertama melapor diri di tadika ibu. Jiwa rase tersiksa. Perasaan marah. Malas. Letih. Dan stress. 

Balek rumah aku cube muhasabah diri. Kenapa jadi macam tu? Sebab hati tak tenang. Sebab IKHLAS itu tidak dicipta. Alhamdulillah. Hari demi hari. Aku cube ikhlaskan hati untuk membantu ibu. Tak perlu dibayar gaji. Demi ibu. Demi Allah. Alhamdillah. Lebih tenang dan sangat sangat sangat gembira berada bersama si kecil riand kt situ :))

WINK:: Ikhlaskan hati. In syaa Allah. Moge ibu mendapat pekerja yang benar benar ikhlas. Aamin.

No comments:

Post a Comment