Saturday, 12 April 2014

Konvokesyen Abang

ASSALAMUALAIKUM
hye. hye. hye :]

15th March 2014. Saturday. #throwback

Versi throwback. Hari ni dak abang ade konvokesyen. As usual. Kalau nak gerak jejauh ni mesti ade konflik kejap sebelum pergi. Sebab even dah bagi tahu sebulan awal and keep remind every week. Ayah still takkan bagi kate putus sampai laa, "hah! cepat. 10 minit kalau tak siap tinggal". Okeyh. Tu style ayah aku yang rock. Sebenarnye tak sampai hati pon ayah tu nak tinggal kan. Sebab prinsipnya; Semua Mesti Ada!.

So, aku dah cakap kat ibu, balek kerja terus siap2 packing semua. Nanti ayah buat surprise. Terkejut beruk semua. So aku pon siap laa segala ape yang patot. Seperti yang dijangka. Jam 9.30 malam ayah tanye ibu, "yang, awak nak tidur umah kak long malam ni ea? cepat la siap" Okeyh. Macam versi baik siket la. So, mcm lipas kudung memasing. Berlanggar langgar sudah. Siap. Pukul 10 bertolak. Lebih kurang la. 

Jalam tak jammed sangat. Tapi ayah bawak slow. Takpe laa. Asal selamat sampai. Pukul 1 sampai. Gua cakap lu ea, KL superb pukul 2 macam pukul 6ptg. Rindunye! Sampai rumah along (kak long ayah), salam salam, borak, minum, dan tidur. Esok bangun breakfirst dan terus ke UIA yang sebenarnye 5 minit jek dari rumah along. Cisss. Dekat sangat. 

Aku eksaited sebab tengok ramaiiiinyee orang. Dan sambil mata mencari booths atau apa yang dinamakan Pesta Konvo. Ohh. awal lagi kot. 8.30, 9.30, dan 10.30. Dari td nampak 3 khemah tu jek jual bunga dan air macam kat pasal malam. Sumpah hambar. Aku ingat ade pesta konvo. Best la jugak. Hmm. Hmm. Macam orang giler dengan adek2 aku lagi 3 orang tu. Cacing kepanasan gamaknya. Dah la memang tengah panas. "Kak nak air" "Akak tak lapar ke?" "kak jom duduk kat kafe tu". Okeyh. adik adik aku dah lapar. Kesian. Carik port lepak. Bosan jalan lagi. Then duduk. Selfie kejap. Then jalan lagi. UIA yang cantik tapi takde pesta konvo jadi hambar. 

Jap lagi ibu call, jumpe kat kafe, ayah dah lapar (sebenarnya ayah tu dah rase sakit tapi tak mahu cakap. semalam lagi aku perasan nafas dah laju). Makan sambil tunggu abang keluar dewan sambil tengok drama kronologi MH370. Not bad. Nampak abang. Aku terus berlari kasik bunga. Surprise!. Heee. Amek gambar sane sini. Pastu balek.

okeyh. bye abang. Tahniah!. Gua bangga dengan abang long! 

Next ke HKL. Hospital Besar Kuala Lumpur. Melawat anak buah Muhammad Zayyan Al-Fateh yang dah sebulan lebih lahir tapi still kat hospital. Sampai kini tarikh hari ni aku type post ni. Sekarang dah okeyh. Mungkin seminggu dua lagi keluar kot. Tolong doakan ye. Sumpah nak nanges bile tengok dye dalam bilik kaca tu.

Then balik melaka. byee Kuala Lumpur :")




WINK:: Bangga laa kan ade abang yang dah berjaya. Moge berjaya seterusnya. Cepat kawen please!

No comments:

Post a Comment