Saturday, 12 April 2014

Voucher Buku punye pasal

ASSALAMUALAIKUM
hye semua :]

SABTU - 8th March 2014. #throwback

Bile dah masuk awal tahun baru, masing-masing dah sibuk tunggu angpau yang bakal diberi oleh insan-insan berhati mulia. Yelaa, rezeki kan. Orang bagi kite amek jek laa. Tak baik tolak rezeki kate orang. Kekanak sekolah dok tunggu duit angpau rm100. Ibuayah nenek dok tunggu bantuan bulanan mungkin (sebab nak belanje setahun memang mustahil. takkan cukup). Si dara dan si bujang dah sedia tunggu duit poket. Dan kami kami ni pelajar universiti. Dah sedia untuk terima voucher buku yang mungkin macam takde gune sangat untuk student final year yg dah tamat belajar macam kitorang ni. Haha. Walau ape pon kene bersyukur okeyh. Say ALHAMDULILLAH :))

Dan bile check facebook. Kiena ade post kt group pioneers bagitau dah boleh amek voucher buku pada sekian sekian tarikh. Dan makanya aku terus membuat planning untuk pergi amek voucher tuu. Yelaa, ni voucher last kitorang untuk diploma ni. So, kene amek laa. Pastu nak g amek tu sekian jauh. So kene plan betol2. And sebab jauh, kene laa ade peneman kan. Kang kene culik pulak. Ehh. takk. Nauzubillahiminzalik. Moge dijauhkan laa. Taknakk taknakk!! Takut ade orang ngorat jek. Haha. Jauh tu dari Melaka ke Perak.

Sebab aku tak suke plan sangat sebab selalu tak jadik jek. Jadinye due tige hari sebelum ke sane baru laa buat planning. First nak ajak alyaa gi sekali. Alyaa pon on jek. Then tetibe achik nak ikut. Okeyh. Takde hal. Lagi bagus. Sebab ade bodyguard kan. Haha. Pastu tetibe diela nak join. And feeza yg pada asalnya nak g gn parents nak ikut jugak sebab ayahnye ade hal. So, ramai laa siket baru seronok dapat jumpe kesayangan kan. Hee

So, as planned. Aku gerak dr melaka pepagi buta uw. Sampai TBS jumpe diela kat KTM. Supposed nak naik coach sesame tp sebab ramai giler orang, aku cakap kat Diela takyah turun then jumpe kat Rawang jek. Padat giler! Nak muntah kene dekatdekat gn org lelaki (sebab takleyh naik ladies coach sebab ade achik). Ehh. sebelum naik train uw jumpe aziz on the other side. Memule tak sure, pastu text dye rupenye betol. Lambailambai dan aku pon naik train.

Sampai Rawang jumpe Diela. Bestnyeeeee! Rinduuu dielaa. Borakborak along the way to Tanjung Malim. Contact feeza tp cannot reache. Takde kredit rupenye budak uw. Dah sampai TM tp feeza baru lepas rawang. So, lambat lagi. Kitorang terus ke kampus kekonon na chopp barisan. Jadahnye. 10minit jek dah settle. Tak ramai pon. Lepas uw, lepak cafe jap then g cafe khar. Takde hala tuju sebab kitorang tunggu feeza. Naseb feeza ade bodyguard teman. Taklaa risau sangat. 

Kebetulan kat KHAR ade karnival KHAT tu. So, bawak laa achik jejalan sementara tunggu feeza datang and tunggu diela jumpe wina. Pastu borak kejap gn wina and feeza dah sampai dan kitorang ke masjid. Sebab ingat nak lunch kt KL jek. Berlagak betol taknak lunch kt cafe uw. Haha. Mase kat masjid discuss gn feeza pasal something serious. Rupenye feeza pon dah tahu. Feeza gelak kot. Haha. Lepas solat tunggu teksi gn diela gn wina. Ke KTM dan ke Midvalley. Still seperti yang dirancang. 

Tapi diela terlepas train sebab dye tunggu wina. So, we just decided jumpe diela kt Mid jek. Then borak borak. Kelakar tengok adek feeza. Lagi besar dari achik tapi baru form 1. Nampak matured. Tapi bile dye tanye macam2 tunjuk eksaited dye naik train uw rase kekanak pulak. Alahaii comel. Hehe. Then bile sampai Rawang, feeza g beli air. Lepas train sampai kitorang naik. On the way uw, tengok feeza macam carik something. Rupenye her handphone was missing. Try call takde bunyik. Konfem takde. Then feeza kate dye nak pusing balek. Dye nak g Rawang carik. Mase uw dah kt Sg Buloh. Jauh kot. Sape tak kenal feeza, kalau hitam katenye, hitam laa. Kalau putih putih laa. Tak boleh tukar melainkan dye sendiri nak. Nak ikut dye tak kasik, suruh pergi tunggu kat Mid jek. So, tunggu sane laa. 

Sampai Mid yang rasenya baru tige kali aku ke sane, mencari surau dengan achik. Okeyh. Mid besar. Ramai orang. Pening. Ikut signboard direction mcm orang bodoh jek. Disuruh ke kiri pergi ke kiri, di suruh ke kanan pergi ke kanan. HAHA. Ingat lawak? Penat okeyh. Lepas surau, pergi center tanye food court kat mane (sebab malas tengok map lagi). Tak ke food court sbb dah jumpe KFC. Diela call. Dan sekali makan sesame. Sebab tengok muke diela semacam cuak. Jadi aku pon bukak topik bual..

Cerita pasal kes feeza. Keep calling padahal dah tahu fon feeza hilang. Tunggu sekejap. Buat andaian sendiri *mungkin feeza balek terus sebab sedih fon hilang. So, kitorang jalan cuci mata sambil ikut direction KELUAR. Okeyh. Time uw dah rase nak muntah sebab angin dah start naik. Achik beli air then cover kejap. And.. KTM super ramai. Setengah jam tunggu. Menuju ke TBS. And bubye Diela. Dapat satu gambar jek bersama. Itupon tanpa feeza. Sedihnye. Perjalanan yang terasa panjang :'(

Takde cerita lagi, sebab lepas tu terus beli tiket bas balek Melaka. Dah penat. Tidur sampai Melaka Sentral. Abang amek bawak g makan roti canai. Sempat tengok abang roti tu buat roti canai. Siap panggil sape nak amek video weyh. Superb gua cakap lu!


Ini jek gambar kami bersama :") THANKS SAYAANG!
p.s Kampus tak banyak berubah pon. Still the same. Hambar. Tapi tetibe nampak kat bas KIFFAH. Ade tagline baru; "JANJI STUDENT HAPPY :) ". Dalam hati gua cakap, "wakkk lu student happy" okebai.

WINK:: Ini throwback punye cerita. Hambar siket. Yang best sebab dapat jumpe mereka. Nak jumpe lagi. Semua orang kalau boleh :') <3

No comments:

Post a Comment