Friday, 30 May 2014

Ijazah Sarjana Muda [Part 4]

ASSALAMUALAIKUM
selamat malam :]


Alhamdulillah. Syukur sebab diberi peluang dan tawaran yang baik. Walaupun baru sesi temuduga,aku pasti akan letak effort yang sangat banyak. Sebab ni antara harapan yang ada. Dalam mengejar cita-cita dan menimba ilmu, bagi aku, kite kene ada sikit rasa tamak. So, mane ada peluang yang terbaik akan aku cuba. 

Alhamdulillah, aku ditawarkan untuk menjalani sesi temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM). Tempat Bangunan Wisma Sejarah KL. Berdikari jek aku ke sana seorang diri. huuu. Sebab ni first time aku nak pergi interview untuk kursus pendidikan ni, makanya memang aku letak effort yang banyak. Habes lepas research pasal flow interview untuk kos pendidikan, aku mengadap segala macam dasar kerajaan, isu semasa, sistem pendidikan negara termasuk la aku study buku Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pokk tebal giler bukunya, aku print kasik saiz kecik siket. Hah. Dok la menghafal.

So, mari berkongsi isi dan perjalanan temuduga tersebut:
1. Pakaian mesti kemas dan formal (ala-ala cikgu, siap nametag kalau ada *aku tak pakai pon)
2. Sebelum pergi temuduga tu pasti dah ade sikit walau tak banyak pasal ilmu pendidikan.
3. Ketuk pintu dan beri salam sebelum masuk. Copp! Tunggu sampai loceng or signal daripada interviewer bagitau tu turn korang.
4. SENYUM dan terus senyum. Bab ni aku memang TIP TOP. Haha :D
5. Serahkan dokumen dan fail yang diminta. 
6. Jangan duduk selagi tak diarah. Sebab kadang ade dorang suruh buat something contoh macam kitorang hari tu kene ujian rabun warna. Pernah amek lesen? kan ada kene baca nombor yang ada warna bulat2 tu. Hah. cenggitu la. Then baru la duduk lepas disuruh.

7. Ape yang ditanya? First, Puan A tanya; "English dulu dapat berapa?" "MUET dapat berapa?" "Oh. Bagus. Tapi kenapa tak mintak TESL (Teaching English As Second Language)" - mintak, tapi tak dapat, rezeki kat sains ni :))

8. Sijil Kokurikulum (*bawak yang paling tinggi dan rasa ada advantage).Puan B, "Ehh?? Dye ade sijil bahasa jepun la." Puan A, "awak boleh cakap jepun ke? Cuba cakap sikit, saya nak dengar." - *gulp. "Okeyh. Boleh tapi tu masa sekolah dulu. In syaa Allah saya cuba perkenalkan diri dalam bahasa jepun..." *bismillah.."Watashi wa........." Selesai. Sebenarnya aku memang dah ready dya akan suruh aku cakap jepun sebab takde banyak sijil so muatkan jek la sijil tu sekali. Haha padan muka. 

Puan A, "sampai mana dah awk belajar bahasa jepun ni. bagus la. kenapa pilih bahasa jepun. bahasa lain tak belajar? kenapa tak amek bahasa jepun. USM kan ada. dengan sijil awak ni. awak boleh pergi jauh tau. Ni advantage ni. Extra marks" Puan B, "aah la. awk boleh further ke Jepun. Amek.....(*tak ingat ape name sistem tu dye cakap) then apply ni..mesti boleh pergi jauh..." 

- *senyum. "Dulu masa kat sekolah menengah kami mmg diwajibkan amek bahasa asing dan sy pilih bahasa jepun sebab memang minat nak ke Jepun kononya. Dari Form 1. Sampai Form 4 saya amek JLPT Level 4. Kire tu paling basic. Paling tinggi Level 1. Dekat USM bahasa jepun utk KoKu je. In syaa Allah ada planning jugak nak sambung tapi tu sebagai sampingan. Atleast sy perlu ada Ijazah baru boleh apply KPLI bahasa asing setahun setengah ke Jepun. Kalau ade rezeki In syaa Allah :)) "

Puan A, "awak sekolah mana dulu?" -SBPI Selandar, melaka

9. Speaking - "Describe about your hobby" "In your opinion why people like reading from blogs?" "Can you describe about cyber crime and how to overcome?" ISU SEMASA - Ni sebab hobby aku cakap writing blog so dye kasik la soalan yang berkenaan blog dan jenayah siber. 

Sebenarnya dye nak dengar cara kite menjawab dan isi tu ada ke tak. Lepas uw sibuk jek dye isi markah kat borong uw. Kene jawab proper la kireya, 'My hobby is..... In my opinion,....." Cenggitu laa.

10. Awak nak pilih Sains apa ni  Fizik ke Biologi ke Kimia ke? 

11. Berikan 3 ciri guru matamatik yang baik. - sebab aku pilih Matematik so kene jawab pasal maths jek la. Ni more kepada ciri seorang guru jek la.

12. KBKK - Sekarang ni ramai pelajar yang tak suka matamatik dan ramai yang gagal terutama Matematik Tambahan. Bagaimana awk hendak jadi guru matamatik yang baik untuk selesaikan masalah pelajar gagal ni? - Soalan KBKK ni wajib kot sebab dye nak tahu kite boleh berfikir ke tak. Dya akan bagi apa2 situasi pon.

*Macam ada seorang tu, dye memang sorang jek la lelaki untuk program sains ni, so dye dapat soalan, "andaikan awk menjadi pujaan pelajar perempuan di sekolah dan ada seorang pelajar dah jatuh cinta dengan awak dan ajak awk kahwininya. Bagaimana nak selesaikan" - Fuhh konfem berpeluh kan nak jawab. Tapi kene bajet cool dan hensem jek la. Hee

13. Sijil Akademik - "Ohh banyak ea sijil dekan. Berapa kali dah dapat dekan? Bagusnya."
So, berapa banyak sijil akademik korang ada, bawak jek. Tu semua boleh bantu dapat markah. In syaa Allah :))

14. Koku dulu amek ape? - Masa diploma dulu kami takde koku khas tp ada subjek koku olahraga dan saya ada libatkan diri dengan beberapa pertandingan yang dijalankan. Puan B, "Ouuyelah. tapi kat sekolah dulu dye banyak join koku ni. "

15. Kami dah taktau nak tanya apa ni. Awak ada soalan tak? - Part ni korang boleh tanya apa pon nak tanya. Macam aku tanya pasal hostel, koku dan peluang.

16. Ucap Terima Kasih dan salam la kalau sejantina. Kot tu lecturer korang ke nantikan. Yelah. Mane la tau jumpe nanti. 

TAMAT tepat selepas 10 minit. Sekian. 

Terima kasih kepada semua yang dah bantu, Hafizah Amin dan Azim Syahmi yang banyak giler bagi info. Doakan untuk kami ye :))

WINK:: So, tu jek laa perjalanan temuduga aku selama 10 minit sebagai antara orang terakhir. Sebab orang yang awal2 semua setengah jam seorang. In syaa Allah aamin. Moga dipermudahkan urusan dan jika ini yang terbaik, aku redha :)) Terima kasih Allah. 

2 comments:

  1. Pergh ! Hebatnya Tashabell ! InshaaAllah, mesti dapat kos tuh nanti. Aminnnnn !

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah. Aamin. Doakan tauu. hopefully feeza pon dapat USM. boleh sesame bergosip. hahah :P

      Delete