Friday, 30 May 2014

Tiga Tahun Dua Hari

ASSALAMUALAIKUM
salam sayang dan rindu untuk semua :]

Sebenarnya nak update pasal ni lambat2 sikit. Sebab ingat nak tunggu konvo baru kasik feel sikit. Tapi takpela. Intro siket la kan. Hee. 


29 Mei 2011 - 29 Mei 2014.
Alhamdulillah. Genap sudah usia 3 tahun persahabatan kita semua. Tiga tahun bersama The Pioneers itu sangat menjadi kenangan yang terindah. Memang dalam kontrak pon 3 tahun jek. Even tak dapat jumpe but still boleh contact each other.

Sumpah la aku tersangat sangat rindu mereka semua. Rindu wajah kesayangan semua. Ya Rabb, Kalaulah aku boleh jumpa dan peluk mereka semua. :"(

Tashazmi, Alyaa, Evy, Feeza, Diela, Huda, Ainaa, Izaty, Ziera, Kinah, AyaLiyana, Ieqasimi, Shafinie, Bibah, Eton, Kak Farah, Coreen, Nik, Ieda, Ain Kamal, Ain, Syahirah Z, SSB, Bibie Amaleena Aisyah, Asilah, Mahesi, Yana, Siewling, Zilah, Dayang, Atiq, Adlan, Azim, Iftar, Edika, Amri, Ipin, Amar, Azhar dan semua lah. Ya Allah. Aku rindu kat dorang. 3 tahun tu rase baru sempat aku nak berkenalan. Macam-macam kenangan. 

Ya Rabb, Walau di mana mereka berada, limpahkan rahmatMu kepada mereka, lindungi lah mereka daripada segala bencana yang tidak diingini, murahkan rezeki mereka dan moga kami sama-sama mendapat tempat dan peluang untuk sambung belajar. Yang nak kahwin tu, berikan mereka kebahagiaan dunia dan akhirat, moga kami semua sentiasa dalam redhaMu. 

Ya Rahim, Sunggu aku akur dengan perpisahan ini. Namun, jangan lah Kau putuskan silaturrahim yang telah kami bina ini. Kukuhkan persahabatan kami yang terjalin ini. Moga sentiasa disulami kasih dan rindu berpanjangan. Berikan kami kejayaan, Berikanlah apa yang terbaik. Ya Allah. Moga kami menjadi hambaMu yang beriman dan sentiasa beramal soleh. Aamin. 

Sahabat, maaf atas segala salah silap dan mohon dihalalkan segala makan dan minum juga ilmu yang diberikan. Salam sayaang untuk semua. Moga jumpe lagi. Jaga diri korang!

salam sayaang dan rindu
TIGA TAHUN DUA HARI 

WINK: Sambung cerita lagi.Byeee.. Sayaang. Muahhh :* <3

2 comments:

  1. Hai Tashabell. I'm here, feeza. Kikiki. Amin Ya Rabbal Alamin. Hikhik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii feeza! hee. Happy anniversary! haha :*

      Delete