Sunday, 1 June 2014

Cerita Dua Hati

Bismillah. Assalamualaikum :]

Kadang aku tak mengerti. Walau aku tahu hakikatnya memang begitu. Kadang aku terfikir. Walau hati sudah pon terdetik. Kadang aku tidak pedulikan kerna dunia ku dikelilingi begitu yang buat hati ku tidak yakin apakah yang sebenarnya. 

Terkedu. Sebak. dan berfikir. (*perasaan selepas blogwalking di akuislam.com bertajuk Antara Dua Hati <klik tajuk untuk baca>)

Cinta itu tidak haram. Sebab cinta itu bukan hanya antara sepasang lelaki dan perempuan. Boleh juga cinta kepada Allah dan RasulNya. Cinta kepada ibuayah. Cinta kepada keluarga. Cinta kepada haiwan. Cinta kepada tumbuhan. Macam-macam ada.

Apa itu cinta? Bila dua hati bermadah kasih. Punya perasaan sayang. Ambil berat. Skyping. Calling. Texting. Chatting and Datting. Tapi kalau tak dating? Hah. Acano tuu. 

Sebenarnya konsep cinta pasangan atau COUPLE ni yang aku faham bila ada Cerita Dua Hati. Cerita kasih antara lelaki dan perempuan. Saling berkasih sayang. Titik perkenalan antara mereka dan berhajat untuk membina sebuah ikatan dan mendirikan masjid. Supaya ikatan lebih suci dan mulia. *Itu konsep dan pemahaman aku setelah diusia 20-an. Yelah. Sebab dulu tak matang. Cinta monyet. Ehh tak. Cinta arnab. Comel siket. Heee

Tapi macam mana pulak kalau ada cerita antara dua hati tapi tak couple. Awak sayang dye. Dye sayang awak. Awak rindu dye. Dye rindu awak. Hah. Hari-hari dok text jek. Chatting lagi. Kang kalau ada masa skype ke wechat ke. Apakah itu? Haha

Just nak share. Aku pon pernah ada ikatan mcm tu. Hmm. Dulu aku ada rapat dengan sorang lelaki ni. Takde la rapat sangat pon. Pastu ada seorang kakak ni tanya kat aku, "tasha couple ke gn dye? " dan aku.."ehh tak pon laa. belom lagi. ntah. nanti la kot". dan akak tu cakap, "kalau tak couple tu namanya apa tasha oi? korang tu couple sebenarnya tapi tak declare jek. itu sebenarnya " *sambil dye senyum manis. akak ni kalau senyum memang comel. dye kakak yang baik masa kat upsi dulu. Thanks kakak! Lebiu :*

Bila kata cinta atau couple tu haram. Buat aku berfikir-fikir. Haram tu ikut konsep yang mana? Apa yang buat ikatan tu jadi haram? Please. Sesiapa yang boleh jelaskan sila jelaskan. Sebab. Menghalalkan sesuatu yang haram itu sangat lah tidak boleh. Terima kasih.

....Pemahaman aku. Couple tu akan jadi haram bila dalam perhubungan tu ada perbuatan maksiat. Tak kira apa jua maksiat. Terutama zina. Dan bersentuhan. Istilah couple ni haram daripada sekolah dulu lagi aku dengar. Tapi takde sorang pon yang terangkan secara terperinci. 

Aku ada tengok video ceramah ustaz azhar idrus (UAI) yang bertajuk Couple Haram. *kalau tak silap. Sila cari di youtube. Ustaz cakap, input yang dapat, berpasangan/couple ni akan jadi haram bila melakukan maksiat. Kalau tak dating atau call/text sampai jadi suatu pembaziran. Ianya takkan jadi haram. Semuanya terpulang kepada cara mengendalikan perhubungan tu. Tapi. Mesti ada niat yang betul dan hala tuju utk menjalinkan ikatan suci.

*kalau ada pasangan tp langsung tak bertanya khabar. Macam baik takyah ada pasangan kan. Baik single jek.Hee

Aku tanya ni. Sebab sejujurnya. Aku ada satu ikatan. Tapi dah lebih la daripada dulu. Ehh copp. Maksudnya. Dah berani laa nak luahkan perasaan apa sumer. Dan in syaa Allah. Kalau ada jodoh. Nak terus ada ikatan yang suci. Taknak dah main-main lagi. Couple pastu break. Couple lagi. Sampai bila tak sudah. Last-last tak kawen. Hah. Kan susah. Biarlah ada ikatan yang serius ni. Ehh. Melalut. Haha

Ni. Sebab kan aku ada ikatan dengan orang jauh tu. Taknak laa perhubungan kitorang ni buat tambah dosa. In syaa Allah. Masing-masing pon tengah perbaiki diri. Texting hari2 kalau takde hari yang busy. Okeyh. Selalu aku yang busy. Haha. Text untuk tanya khabar then borak sikit. Kalau ngantuk tidur. Sebab aku keje kan. Hari2 rutin yang sama. Kalau ada masalah share utk ringankan beban kat kepala otak ni. Kalau ada cerita ke info ke bercerita sampai dua2 tertidur. Call kalau rasa macam dah lama gila tak call. Macam ni baru sebulan lebih tak call. Skype or whatever video call memang tak hado la. Berjumpe ape tah lagi. Memang tak laa. Jauhh giler kott. Haha. 

Makanya, harap lah. Perhubungan kitorang ni diberkati Allah SWT. Dan sape boleh tolong terangkan sikit. Harap2 sangat ada yang membantu. Terima kasih korang. sorry la dengar cerita merepek petang ni. Heee

WINK:: Salam sayaang dan rindu untuk orang jauh dan jugak kekanak upsi. Siyess rindu giler dah kat korang ni :"(


No comments:

Post a Comment