Wednesday, 12 November 2014

Cikgu USM [Part 1]

ASSALAMUALAIKUM
hye. hye. hye.

Fuhh. Fuhh. After very long time. Too many stories. Too many gossips. Penat jugak nak kene flashback nih. Hm. Hm. Macam nak buat summary jek la. Nak cerita panjang bukan ada orang nak baca sangat. As told before. Blog ni untuk long term memory aku je. Cehh nampak tak dah gune bahasa pendidikan sikit2 tu. Hee. 

So, let me start. Throwback ...

[1 SEPTEMBER 2014]

Saat kereta ayah mengelilinginya. Saat aku lihat padangnya yang besar. Saat kereta ayah melepasi pintu utama. Saat aku terpandang papan tanda besar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Hati tak pernah putus berdoa, 

"Ya Allah. Hari ini akan menjadi titik permulaan hidup baru ku sebagai seorang bakal pendidik masa akan datang. Ya Allah. Dengan hati yang tulus ikhlas, kaki ku melangkah untuk menimba ilmu, untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan untuk mencapai cita-cita dan impian ibuayah. Ya Allah. Hanya kepada Mu. Aku berlindung. Ya Allah. Hanya kerana Mu segalanya ku lakukan. Untuk menimba ilmu dalam redha Mu. Kau peliharalah aku di sini. Jauh dari ibuayah. Jauh dari keluarga. Moga hati ku tak pernah jauh dari Mu. Ya Allah. Moga aku sentiasa berada dalam kalangan hambaMu yang bertakwa :') "
Aamin.

Dan semestinya sama seperti 3 tahun lepas aku daftar diploma. Penuh dengan pelbagai banner menyambut kedatangan pelajar baru. Dan seharusnya aku cuba rasa bangga dikurniakan rezeki ini. Ya. Aku sangat bersyukur. Alhamdulillah. Hujan yang lebat saat kereta ayah parking hadapan Pusat Kokurikulum. Dan hujan rahmat yang aku kira sedia terima sambut kedatangan baik ku di sini. 

Mendaftar ikut arahan petugas. Naik pejabat. Daftar. Sign. Amek kunci. Dan turun. Jumpe semua kerabat yang ikut. (takde sapa pon. ibuayah adik puci dengan keluarga cik wati sebab ipar dia kerja kat USM) isi borang. Mintak restu semua sebelum pergi angkut barang yang banyak giler. Tingkat 3 okeyh. Rase nye macam tingkat 4. Fuhh. Penat tak terkira.  Sebab barang banyak sangat :(

Sebab dah sampai semalam lagi. Sebab barang banyak. Sebab dah say bubye kat achik abang dengan semua kerabat masa kat senawang. Sebab penat giler. Jadi memang penat. 

H34/307 Desasiswa Cahaya Gemilang. Okeyh. Nice. Letak barang. Susun letak tepi (malu dengan roomate baru yang ntah sapa nanti). Pasang cadar. Letak teddy susun cantik. Dan turun cafe. Ayah nampak penat. Kesian sangat. Belanja air. Hee. Borak2. Sebenarnye macam dah taktau nak cakap apa. Sebab dah start rasa sedih. Rasa macam nak menitis tapi cuba tahan :")

Dan. Bila sampai kat keretaa nak hantar mereka pulang. Sebak. Sumpah aku rasa sangat jauh tu. Dulu Perak. Sekarang Pulau Pinang (saat aku flashback ni. aku nanges :'( Hm) Dengar segala pesanan dan amanat. InsyaaAllah. Berkat doa ibuayah. Peluk cium. Woii. Tak tahan. Sila senyum lebar2. Salam2 dan bubye. Sampai tak nampak kereta ayah depan mata lagi baru aku pergi naik atas. 

Duduk kat kafe. Menung fikir sape la roomate aku nanti. Ramai betul student baru. Hm. Dan tibe2. "Eh Lina!" "hy tasha!" "Lina kos apa? dan bla...bla...bla..." "307?? Eh. sama laa. yeay satu bilik! Okeyh jumpe kat bilik nanti. Hehe" Macam tu lah kisah aku jumpe Lina yang cantik tu budak PAKK upsii dulu. Now, she is my new roomate here ;) Nice to meet you here, Lina. Dan sangat bersyukur sebab kawan2 yang dapat sini semua nya duduk desa luar (RST). Okeyh aku tercampak sorang2 kat sini. Okeyh sedih :(

Balek bilik. Jumpe family Lina. Borak2 dan rehat. Petang ada perjumpaan. Malam dah start orientasi. Well said. Macam bosan sebab dah penah rasa kan. Tapi try adapt. Di malam yang sepi. Jalan ramai2 pergi dewan yang jauh. Orientasi semua nya taklimat. So, bila ngantuk aku tidur jek. Haha. Habes kat dewan sambung jumpa abang kakak kat lobi desa pulak. Sampai 1 pagi. Dan tidur. Bangun pukul 4.30 pagi sebab pukul 5 pagi kene jalan kaki redah hutan mane tah nak pergi solat subuh kat masjid.

Itu kisah yang sama sepanjang orientasi seminggu. 

WINK:: Cari kawan baru di tempat baru :)

No comments:

Post a Comment