Wednesday, 3 December 2014

People Change

[Throwback]

... Pada suatu ketika dulu, zaman sekolah. aku digelar "Senior Garang" oleh junior. Dan aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi satu perkara aku akui, orang yang tak kenal dan kenal tapi tak rapat dengan aku, takkan tahu perangai sebenar aku. Dan mereka akan cakap aku ni sombong, garang dan sebagainya. Sebab ibuayah ajar, "jangan layan orang tak kenal" Tapi, aku kenal diri aku. Orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Ye. Mungkin disebabkan perwatakan yang aku bawa. Ibu ku bekas seorang parajurit IPTA (nama sekarang PALAPES), dan hampir diserap masuk menjadi askar wataniah. Disebabkan halangan keluarga terputus impiannya. Boleh bayangkan bagaimana jiwa seorang askar mendidik? Boleh bayangkan perwatakan mereka? Begitu juga ayah ku seorang yang cool di raut wajahnya namun seorang yang tegas. Senyap, tanda keputusan telah dibuat. Senyap beribu makna. Mungkin, ada sikit dalam diri aku yang terkesan jiwa ketegasan itu.

Disebabkan jugak kat sekolah dulu aku seorang pengawas. Dan aku minat bende macam tu. Nak jadi pengawas. Nak jadi MPP. Nak jadi pemimpin. In fact, aku pernah menangis frust sebab tak dapat jd penolong ketua pengawas masa form 4. Perwatakan aku begitu sebab kan orang gelar aku. Ya, aku seorang yang panas baran pada zaman itu, tapi tak pernah sekali aku lepaskan pada kawan2. Sehingga ayah pernah tegur, "kenapa kalau dengan kawan2 baik sangat, peluk cium. kalau dengan adik2 jadi garang?" Soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab.

and now, People may Change. Sejak habis sekolah. Sejak belajar di upsi. Setiap hari aku cuba perbaiki kelemahan aku tu. Tipu kalau tak pernah rasa marah. Tapi, aku cuba simpan dan tahan, Moga orang lain happy. Dengan adik beradik pon aku dah mula latih untuk mengalah, sampai saat mereka buat salah dan aku ternanges sebab sedih. Apatah lagi dengan mereka yang aku langsung tak ada hubungan sedarah.

Now, aku bukan lagi seperti dulu, taknak kenal Natashah Nabilah yang dulu. Biar orang kenal Natashah Nabilah yang sekarang. Dan, cerita sini habes sini sahaja. Mohon terima diri ku seadanya. Kbye ;)

No comments:

Post a Comment