Saturday, 21 March 2015

Kerana Pulut Santan Binasa

ASSALAMUALAIKUM
hyee :]

Setelah sekian lama tidak ketemu, pelbagi topik menarik ingin bergosip. Well blog tasha ni memang untuk part gosip ok. HAHA :")

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap hari dalam diri kita akan muncul satu niat ikhlas dari sanubari. Niat untuk menggembirakan hati semua orang demi mencari kegembiraan diri. Sebab bila kita buat orang lain menderita, hati kita tak tenteram.

Tapi, kadang kita tak perasaan cara kita untuk menggembirakan hati orang lain tu memang membuatkan orang tersebut derita. Derita dengan kata-kata kita. Kerana mereka mungkin berfikiran kita yang tidak mahir dalam aksi lawak dan ingin cuba menjadi seorang badut. Lantas, menjadikan badut itu dikutuk dan dihina. 

Kita mungkin ingin menjadi peserta MLM (maharaja lawak mega) tapi dengan muka kita yang serius, saat ujibakat pastinya kita disingkirkan. Dan jika kita terpilih, pasti juri akan beri komen, "punch line tidak sampai..."

Pernah tak kita terfikir, bila kita berkomunikasi dengan orang dengan nada sehabis lembut tetapi masih dianggap seperti guru disiplin yang memarahi pelajar yang melanggar peraturan sekolah yang akan diberi hukuman.

Itulah mak jemahh dan pesan, berhati hati ketika bercakap. Lebih baik diam daripada berkata-kata yang menyakitkan hati orang lain.


Kan dah cakap .....


KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA :"(

No comments:

Post a Comment