Sunday, 8 March 2015

The day i run to you :")

Biar lah nampak macam gedik sangat tajuk tu kan. Tapi itu cerita yang terjadi....

Hari di mana aku gagah untuk terbang mencari kau kat sana.
Hari di mana aku kumpul segala kekuatan yang ada walaupun sebenarnya baru baik demam
Hari di mana aku terbang seorang  diri tanpa teman dan tanpa siapa yang tahu
Hari di mana aku seolah olah terlalu berani untuk terbang pada kali pertama itu
Hari di mana aku terlalu takut berada di awan tinggi seorang diri
Hari di mana aku berlari ke sana sini di tengah malam kejar train dan teksi
Hari di mana semuanya berlaku hanya kerana satu tujuan.

Hanya kerana kau menyatakan kesedihan kerana keseorangan
Hanya kerana aku tak mampu biar dan lihat kau sendirian
Hanya kerana kau tak percaya aku dah berada berhampiran dengan kau

Call teksi. Kejar train. Pusing airport cari location "kedai makan...". Airport besar giler. Aku masuk setiap kedai makan ok. Semua kedai makan. Semua !

Pertemuan selama setengah jam sahaja di KFC. Sebab penat sangat dah tak larat nak cakap banyak :")
Memanfaatkam masa setengah jam tu. Sampai ketika aku kene tengok kau masuk kt departure. letak beg. sampai kau turun eskalator. Sampai aku kene cari tempat view dari tepi sebab air mata taknak berhenti dah :") Malu kat orang nanges kat situ. haha.

Dalam masa kurang daripada dua puluh empat jam
Aku selamat tiba di bilik semula
Tapi, kau tahu tak aku tak rasa penat langsung pon.
Sebab aku happy sangat dapat terbang teman kau kt sana.

Thankyou and i love you !

ps: sila simpan gambar tu elok2 :P

No comments:

Post a Comment