Sunday, 28 February 2016

SABAH i come ! [PART 1]

Well, ini mungkin cerita macam agak menarik sikit. Sebab before ni macam cerita kisah sedih aku je kan. Kali ni nak citer lah the day when tasyabella going for travel :D

Alkisah. Tanggal 15 - 18 Mei 2015 aku telah berjaya menjejakkan kaki ke Negeri di Bawah Bayu ni. Sebenarnya nak tunggu orang tu bawak. Tapi takpe lah. Dah sampai sendiri. Dasyat tak dasyat. All plans only in a month. Less than a month i thought. Kau bayangkan masa aku  tengah sibuk2 handle TOT (Temasya Olahraga Tahunan). Time tu kene mengecat. Time tu nak potong buluh. Time tu jugak lah aku sibuk dengan laptop sebelah buluh sebelah tin cat. Dok survery tiket nak g sabah. Ramai tanya, "tasha, kenapa sabah? kenapa tak g tempat lain? Kenapa? Kenapa? " dan jawapan aku hanya satu, "tasha nak jumpe someone. urgent! KAHKAH *sambil ketawa"

Bagi jawapan tu sebenarnya dah lari objektif sebenar. Bile ydp tawarkan siapa nak lead untuk jadi pengarah projek untuk travel. Aku orang pertama dengan bangga dan yakinnya angkat tangan sambil, "saya volunteer kalau ada yang tak kisah. tapi saya nak buat travel to sabah :) *sambil sengeh ke telinga sambil mengharap cadangan diterima" Instead of main objective untuk eratkan silaturrahim dengan student UMS, aku ada lagi satu main objective yang paling important iaitu eratkan silaturrahim aku gn adlan HAHA :P dan aku sangat2 berharap objektif yang lebih penting tu berjaya.

Nak dijadikan cerita, plan ni hampir terbatal sebab suddenly ticket's fees going up. Mahal giler! Tapi seorang Natashah yang gigih takkan putus asa. Lepas telefon najwa dijadikan mangsa untuk aku lepas geram sebab ade orang tu taknak cakap gn aku bile call. (kesian  fon najwa kene baling :( sorry) dan selepas itu rezeki datang tanpa diundang. Harga tiket turun mendadak. Dan aku terus beli tiket tanpa pikir apa2. sambil aku whatsapp, "i'm going to sabah tomorrow..."

PENANG --> KUALA LUMPUR --> KOTA KINABALU --> PENANG

Done ! 


Bile aku nak buat ape yang aku nak buat. Maka aku akan buat. Kau boleh halang tapi kau kene usaha lebih sikit lah :')

Okeyh, penat dah bebel. Kronologinya,

1) kami ke airport penang jam 3.30 pagi. Time tu aku ngantuk giler sebab tak tidur lagi sebab dari siang dok kemas barang perkakas program semua nak bawak. Naseb baik beg aku dah ready awal.
2) since aku dah check in online, makanya senang utk aku bawak mereka2 untuk terus check in luggage. well said, this is second time aku naik flight, so still dont know much. jadi, mcm terkial kial p tanya kat kaunter tu nak check in more than 20 luggage. masa tu orang lain tengah bergembira selfie. kfooinee!
3) then kami ready utk masuk departure hall, lepas tu tunggu azan subuh. Sbb flight pukul 6 so memang tak sempat even ktorang transit kL dulu. 
4) selesai solat maka semuanya beratur untuk masuk flight. alhamdulillah. settle satu part :')
5) bermula perjalanan kami dari Penang ke Kuala Lumpur.
6) sampai kat Klia2. Memasing dah lapar. Aku super duper lapar sebab dah seharian tak makan dok packing barang mpd tu. Lambatnye kt airport tu sebab ktorang nak kene tunggu semua beg keluar. Dekat 30 beg jugak lah :/
7)Lepas tu ktorang pusing utk carik makan. Atlast, semua decide makan kt foodcourt atas tu. Aku tengok makanan semua sedap. Tapi malangnya perut aku dah takleyh nak terima sebab gastrik teruk sangat masa tu. Aku carik port baik punye kat tepi corner tu gn kene sinar mentari terbaik. :). Landing tidur disitu. Lepas sejam aku bangon dan amek fresh air kat luar. Thankyou semua yang bagi makan, air dan minyak kapak. iolls terharu :')
8)since ktorang punye next flight ke KK pukul 11. so dpd pukul 7.15 sampai tu mmg mereput lah kat airport tu. dekat pkol 10 aku, najwa, azri, haris g check in tiket. Lepas tu gather kan budak2 ni. Kau tahu tak punye susah nak handle 'kanak-kanak' ni haihh Allah je tahu. Call sorang2 tak jawab. dah suruh kumpul tak datang2. Yela memasing dah besar, Nak marah tak boleh. So memang kene sabar je lah. Sabar sampai lah aku termuntah masa g check in luggage mereka. Yela, mana taknya dah telan roti gardenia dua keping je pagi tu. Sikit lagi nak collapse kat situ sebab aku dah takleyh nak jalan masa tu :( sadis sangat wehh
9) so, semuanya di settle oleh azri haris, najwa dan ydp. thanks korang! then tunggu smpai gate bukak. And, nak dijadikan cerita jauhnya gate ktorang tu kehujung dunia tahuu! Penat betul nak jalan nye. Smpai2 sana pulak sarah baru perasan dslr dye takda. weh!? DSLR kottt. giler ah. kalau aku gelabah tu sampai nanges dah. :") naseb baik jmpe kat tempat scanning. bole pulak abam kastam tu tanya, "ape bukti ni awak punya?'' farid si boyfriend kesayangan sarah tanpa segan silu jawab, "ada gambar selfie kami kt dalam tu. pakai baju ni" code is verified! haha.
10) dah lepas tu masuk lah kami ke perut kapal tu. this is very suitable time utk tido. zzzz. sampai lah airport KK. *settle part 2
11) sampai KK. ktorang dijemput oleh abam abam hakak hakak kawasan ums. haha. JAKMAS kolej E UMS. dan tiba2 ada yang bertanya, "tasha ok? tasha cari siapa? budak2 semua dah kt main entrance" Yah. i'm looking for someone. Tapi tak nampak atau aku tak nampak.
12) naik bas ums, sampai ums. hantar beg. solat. rehat. sambil baring perut pon kriuk kiuk. then terus whatsapp coreen bagitau dah sampai. dye datang amek bawak p bilik dye. coreen yang mmg kaya dengan makanan. habes mcam2 makanan dye bagi kat aku. haha. thanks coreen!
13) Because aku sebenarnye bukan datang untuk honeymoon, maka kene get ready untuk dinner bersama kanak-kanak riang. Uolls kalau datang sabah meh laa makan kat sini.. Enak  tak terkata. Slurp slurp. But sorry. Iolls tak egt nama tempat or nama kedai. Yang I ingat dye tepi laut. Tepi tu ada jalan untuk kekanak main basikal.
14) Nak cerita iolls teruja tengok seefood murah2. Order ikan hat besaq sekali tuh. Haha. Pastu order kepak ayam yang sedap dan murah. Ok. Seorang Natashah yang kuat makan. Hikss
15) Then, lepas makan, Balik bilik tidoq. Sebab nya esok pagi2 nak keluar dah. Kata geng Jakmas. Si pengarah program ni takut bangun lewat sebenarnya. so pakat2 lah warning yang lain supaya yg bangun awaii tu gerak2 kan kawan2 lain. ;')

To be continued ... Part 2

No comments:

Post a Comment