Friday, 9 September 2016

Happy THREE years, sayang ❤

9September2016❤

Assalamualaikum, Haii Dear.

Hari yang orang tunggu selama ni dah tiba. I have been waiting for few months. Dah tiga tahun dah awak. Tiga tahun dah perkenalan kite. Tiga tahun dah orang sayang awak. Tiga tahun dah orang bagi hati orang ni kat awak. Tiga tahun dah kita bersama. Tapi. Tiga tahun masih tak cukup. Kan?

Awak, selama tiga tahun ni, macam2 jadi. Banyak sangat dugaan kan. Jatuh bangon. Nangis. Gelak. Senyum. Semuaa ada. Tapi, for these last few months ni yang paling perit setakat ni. Hm. Orang mintak maaf sangat. Orang harap, apa yang berlaku selama ni takkan buat hati dye berubah dekat orang. Maaf kan orang please.

Orang sebenarnya taktau apa yang berlaku. Seriously. Orang taktauu. Dan, kadang2 orang sampai terfikir, "aku ni bertepuk sebelah tangan je ke?" "Adlan ni masih sayang kat aku ke?" Macam-macam orang fikir sampai satu saat orang taktau apa orang rasa. Hampir setahun orang pendam rasa. Orang simpan je dalam hati ni. Rindu. Sedih. Semua lah. Sampai lah hari ni. Bile, Orang tulis dalam diari kite tu. Orang tulis dalam blog ni. Dan orang start menangis. Ni lah air mata yang orang pendam selama hampir setahun.

Orang tak pernah salahkan awak atas semua yang berlaku. Sebab orang sendiri taktau apa yang berlaku. Cuma yang orang nampak, orang selalu mendesak awak. Orang tak matang. Orang tak cuba faham awak. Maaf sangat. Dan, kalau awak mintak maaf sekalipun, orang dah pon maafkan awak. 

Setiap hari orang cuba fikir, apa salah orang, kenapa relationship kita ni macam ni. Kenapa kite tak macam orang lain? Boleh makan sesama, lepak sesama, borak2, texting, chatting, calling, wish goodnight, pergi kelas sama. Macam dulu. Macam kite selalu buat. Then, orang fikir, mungkin awak perlukan ruang dan masa. Ruang untuk awak berfikir tentang masa depan awak, keluarga dan masa depan kite. Masa untuk awak spend dengan kawan2 awk, masa untuk awak study, dan masa untuk awak buat persiapan untuk masa depan awak. Orang cuba faham dan terima hakikat tu. 

Setiap hari, orang cuba pujuk hati orang yang orang perlu bagi masa dan ruang kat awak. Orang cuba pujuk hati orang untuk faham awak. Sebab, orang tak pernah nampak tanda2 yang awak benci dekat orang. Setiap kali kite terserempak, awak masih boleh pandang muka orang ni and senyum, setiap kali jumpa, awak masih boleh tegur orang macam biasa. Sebab orang rasa, kalau awak dah hilang rasa sayang kat orang, mesti awak takkan pandang muka orang ni kan, apatah lagi nak tegur orang ni. 

Orang kenal Adlan orang ni macam mana.

It's gonna be a quite long post. Boleh terus membaca atau stop sampai sini. 

Awak, ingat tak orang pernah cakap ngan awak, orang nak jumpa face to face and settlekan problem kite ni. Ntah lah problem apa nya. Erm, tapi sekarang orang rasa macam dah tak perlu kot. Orang just nak jumpe awak untuk kite spend time sesama jee. Cukup lah. 

Kalau awak tanya, orang apa perasaan orang. Orang taktau nak bagi jawapan apa. Sebab orang dah taktau nak rasa apa. Tapi, satu je orang nak cakap, yang orang RINDU sangat. Rindu awak. Dan rindu KITEE. Rindu semuaanya pasal kita. 

Kalau awak tanya, orang marah ke? Pon orang takde jawapan. Sebab orang taktau nak marah sebab apa. Sebab orang taktau apa yang berlaku sebenarnya.

But, kalau awak tanya, orang sedih ke? Yes! Orang sangat sedih. Sedih dengan semua yang berlaku. Sedih jugak sebab awak tak pernah nak terus terang dengan orang.

Orang tahu pakwe orang ni tengah fikirkan sesuatu. Tengah rancangkan sesuatu. Macam dulu, berbulan awak tinggalkan orang tanpa sebarang kata pon. At last, bila kite jumpa, awak cakap, awak ingatkan selama awak tinggalkan orang, selama awak tak contact orang, orang boleh stop fikir pasal awak, orang boleh stop sayang awak.

And, you are WRONG! Kalau awak betul2 kenal Natashah ni, orang bukan jenis mudah nak lupakan seseorang, lagi2 orang yang orang dah sayang macam ni. Orang agak kecewa jugaklah macam mana awak boleh terfikir dengan buat macam tu awak boleh decide yang orang akan tinggalkan awak. Orang betul betul tak faham.

Awak, selama kita berjauhan ni. Macam2 jadi kat orang. Tiga bulan cuti orang terlantar kat rumah. Sakit yang tak pernah orang terfikir orang akan kena. Sakit yang semua orang sangat takut kalau kena. Sorang2 orang cuba kuatkan semangat. Orang taknak bagitau awak. Sebab orang taknak awak risau. Sepanjang dua bulan lebih orang terlantar kat rumah tu. Macam2 orang fikir. Orang fikir pasal diri orang, keluarga and pasal awak. Orang takut sangat, kalau orang tak mampu sihat dengan sempurna selamanya, orang akan kehilangan awak. Orang takut, kalau orang dah tak macam dulu, awak akan tinggalkan orang. Orang takut kalau awak dah tak dapat terima orang. Orang cuba kuatkan diri. Orang fikir yang mungkin dah tak banyak masa kat dunia ni untuk orang. sepanjang tu setiap hari orang mintak maaf ngan ibuayah. Orang bantu mereka apa yang orang mampu. Orang cuba untuk tak sakitkan hati ibuayah. Setiap hari orang berdoa, orang takut sebab orang banyak sangat dosa, Allah bagi sakit ni. Tapi, orang takut jugak kalau orang tak sempat mintak maaf kat awak.

Setiap hari orang bukak chat awak kat whatsapp. Setiap hari orang type something and delete semula and tak send. Orang takut nak chat takut ganggu awak. Time tu awak sibuk progam Persis, camp ppsl lagi, siswa lestari lagi. Sebab few whatsapp yang orang hantar pon awak tak reply. Sebab tu orang senyap jee. Everything yang jadi sepanjang cuti, semua orang nak share dengan awak. Tapi, orang takut macam tak dilayan nanti.

Then, alhamdulillah. Things get better. Orang makin pulih. Kalau tengok teliti. Sebenarnya not 100% pulih pon. Tapi alhamdulillah lebih baik dari sebelum ni. Sebelum orang balik ke penang hari tu, orang fikir, berat je hati nak balik. Sebab orang fikir, lepas ni kite mesti dah susah nak jumpe, kelas pon dah tak sama rasanyaa. Ntah bile lagi dapat jumpe. Tapi, alhamdulillah, naik cuti ni tetibe sama kelas thermo rupa nya. Tu pon kawan orang yang bagitau nampak awak ;)

Lepas tiga bulan cuti, terserempak kat kafe. Mampu pandang each other jee. Sedih sangat. But, it's ok. Atleast dapat lepas rindu sikit. Hm.

Ok la, mata dah bengkak2 dah nanges ni hah. Adlan, tasha rindu awak. Awak jaga diri k. Takpe lah dah tak dapat jumpe lagi pon. Orang tunggu jee. Jangan lupe orang tauu. Orang selalu ada untuk awak.

Tapi, andai ditakdirkan awak dah takde rasa sayang kat orang, takpe la. Orang doakan awak jumpe perempuan yang jauh lebih baik dari orang. Yang penting dye boleh jaga awak lebih baik dari orang. Tapi, bile awak dah jumpe orang tu. Bagitau lah kat orang. Kalau awak dah takde rasa sayang kat orang pon, awak bagitau lah kat orang. Orang terima.

PS. Thankyou sudi duduk kejap depan orang tadi masa lunch kat kafe tadi.

Adlan, jaga diri 
SELAMAT ULANG TAHUN CINTA :))

Lucky I'm in love with my bestfriend <3

   

With ❤, 
your princess
  TASHA    

No comments:

Post a Comment