Wednesday, 7 September 2016

SABAH i come [PART 2]

continue ...






Ni ahli rombongan mak jemah van No. 1 :P
 


Penat sangat tunggu semua orang sampai jadi giler kejap :P
16) There you go, memang awaii gila bangun. Macam dah terbiasa sangat dok sabah tu bangon subuh awaii padahal baru sehari. Haha. Pastu siap2 lah kami then terus ke tempat bas. As usual bebudak lelaki memang pakat lambat ja. Erk. 

TIPS : Kalau nak p travel or trip mana2 ngan orang lain, wajib ikut masa ok. Please jangan bagi orang lain tunggu kau. Kalau tak, better you go by your own..

17) Perjalanan ke Ranau dimulakan. Kami singgah di Petronas dulu. Breakfirst sambil tunggu yang mengisi minyak. Me? Minum milo je sebab tak selera.

JANGAN TIRU AKSI INI : Kalau belum breakfirst, untuk perjalanan yang bakal memabukkan, jangan minum minuman bersusu. Never ok! Baca point seterusnya nak tengok apa jadi. Jeng Jeng.

18) Perjalanan yang sungguh indah. Iolls tak tidur dalam van ok. Rugilah kalau tidur. Super cantik tempatnya. Nak naik ke Ranau tu berjam jugak lahh. Jalan memang agak sempit. Biasa lah nak naik tanah tinggi kan. Lebih kurang macam jalan kat Cameron Highlands jugak la tu. 

19) On the way naik ke atas tu memang kabus tebal kot. Cam kena jalan slow jugak. Then kami stop tepi jalan sebab nak amek gambar background Gunung Kinabalu. Serious. Excited. Tapi tak boleh berhenti lama sangat. Sebab tu tepi gaung. Kalau jatuh, insyaAllah mati :') . 


Yeay! Gunung Kinabalu (checked)





20) Here we go, kami sampai di pekan Ranau. Besar jugak, tapi tak banyak kedai. Macam tempat persinggahan. Kami berhenti situ, sebab ramai yang nak p toilet sebab dah muntah2 and mabuk dalam van. See! I've told you kan, jangan minum milo. Same goes to me. Kemain lama duduk dalam toilet nak p keluarkan semuaa tu. Huh!

21) Kami sambung semula perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Moroli. Buat apa kami p sungai nuh? Kat sini lah tempat sungai yang ada super banyak ikan2 tu. Ikan tu macam datang dekat2 kaki kite. Orang situ cakap mcm spa ikan lah gitu. Best tauu. Nak masuk tempat ni ada kene bayar, tapi tak ingat lah berapa, sebab hari tu bayar pukal untuk ramai2. Macam dalam RM3 per person je kot. Then ada tempat beli makanan ikan. Beli lah. Nanti bagi ikan tu makan, Sedut2 gitu. Haha

Memula cam geli, Sebab ikan dye, Besaaaarr. Tapi once dah masuk, macam taknak keluar dah. Haha. Dah lah air nya sejuk. Masa tu i pakai skirt la pulok. So macam kene kegigihan jugak nak masuk dalam sungai tu hah. Hee

22) After that, kami cari kedai makan, Sebab semua dah lapar. So, singgah makan. Not bad. Makanan sedap dan murah jugak. So, jangan risau lah bab makanan ni kalau datang sana.

23) Then, kami ke Desa Dairy Farm. Sini, nak masuk kene bayar jugak tauu. Tempatnya sangat cantik! Kitorang dari dalam van tu macam nak terjun ja turun dari van tu tak sempat tunggu berhenti. Haha. Kat sini lah yang orang cakap macam New Zealand tuu. Siyess cantik. Nyaman jee tempat nyaa. Sejuk jugak. Kalau kat luar tu macam tempat lepak and posing2 amek gambar je la. Dalam ada macam2. Dalam tu macam kilang. First entry tu ada jual souvenir, susu, and makanan tenusu yang semua proses dari hasil situ. Kat dalam lagi, ada tempat proses susu dan sebagai nya. Belah belakang, kandang lembu. Kat situ boleh la kalau nak try bagi lembu minum susu ke apa. 

24) Lepas lama kat situ, kami bertolak ke Rumah Terbalik. Otw tu singgah di Kinabalu Park. Sebab i join first van, so kami dah naik sampai atas tu, tapi van2 yang lain lambat terus ke Rumah Terbalik Sabah. Dari luar tu macam tak nampak sangat. Eh copp. citer nye kat Kinabalu Park tu, kami tak sempat masuk pon. Sampai je kat entrance tu, yang lain dah call suruh direct ke RumahTerbalik. So, kami sempat amek gambar then turun balik jee.  So sad !

Di Rumah Terbalik sabah, tiket RM10/person. Dalam tu kite macam melawat sebijik rumah banglo yang terbalik. Everything kat luar pon semua terbalik lah. Best jugak tu. Ada instructor kat dalam tu yang macam bagi guide acah2 tu rumah dye kite datang gitu. Haha. Kat luar tepi, ada macam kafe and kedai souvenir. Nice tempat dye. Tapi sebab masa tu dah penant. So, tengok gitu je lah.haha

25) Rasa, lepas tu macam kami balik UMS terus kot, tak egt laa. And nampak macam kene continue in Part 3 pulak. Hehehe. Sorry. Byee!

In love with Sabah <3

No comments:

Post a Comment