Wednesday, 12 July 2017

Let's ROKS !

ASSALAMUALAIKUM
holla gaisss :]

Today is my first week of ROKS. First of all, let me explain what is ROKS. ROKS standed for Rancangan Orientasi Kendiri Sekolah. Satu program untuk kenalkan bakal2 guru dengan suasana sekolah. Act program ni dalam tempoh sebulan kene solvekan few tasks yang diberi dalam list yang diberi. Macam kene interview pendtadbir sekolah (pengetua, penolong kanan, guru cemerlang, dan etc). Kenal2 dengan sekolah. Try adapt dengan environment sekolah. Nak kenal sekolah kan kene tahu semua lah. Macam saya nak kenal awak, saya amek tahu semua pasal awak :P

Okeyh, jujur la cakap. Sebenarnya pada awal lagi memang aku tak berminat nak join program ni. Punca dari taklimat pasaii program ni. Dia buat waktu yang tak sesuai masa tu. Waktu tengah busy giler kot tak silap. Tapi memang time tu semua malas nak p. Dah la pagi buta pulak tu. K, sebab kata kene ada attendance la bagai2 (imagine macam mana muka aku waktu cakap pasal ni) so aku pon p je la dengan kawan2 aku. Lepas tu time taklimat tu macam kene enjoy jugak lah. And dapat lah few things. Sebab 'atuk' yang bagi taklimat tu best cara dia share experiences semua. Pastu macam ok la kan. 

Then, masa first week exam, ajk school mintak isi borang kat googledocs pasal roks ni. Nak sekolah mana ape semua. Ok, time tu memang aku busy k. First week exam tu aku ada 5 paper. Kau rasa? Aku ada masa nak layan tu semua? K,laa. Sebab sebenarnya aku macam dah malas layan sebab, k, korang bayangkan ea, lepas raya dah nak p dah tapi sampai minggu exam tu tak dapat surat lagi dan surat belum dihantar ke sekolah. Agak2 ada ke sekolah nak layan? Ape ingat sekolah family sendiri ke? Ape macam nak mintak keje kat pasar malam ke? P jumpa cakap nak keje pastu terus dapat? Ni baru nak mintak list nama. Dah bile nak dapat surat? Balik rumah ada seminggu before raya, lepas raya terus nak start. So? Bile geng2 maphy tanya dah isi belum, aku cakap taknak p roks. Setel. Malass. So atlast nama aku memang kosong je la. K, falis pon join aku malas nak isi. Sampai nama kene mention kt group fb tu tapi kitorang diam je. Iolls busy :P

Sampai last day exam, (malam tu aku nak balik melaka dah) dorang cakap surat dah ada dekat school. So pergilah amek jugak. Balik je dari Penang, kawan2 lain semua dah p hantar surat kat sekolah. Time ni aku dah 50% kata takmau p. Falis pon taknak p. Ada few reasons la kenapa aku taknak p. First sebab tak ready lagi. Pastu sebab taknak hadap risiko kalau sekolah tak terima sebab dah lama. Pastu pikir nak p sekolah mana and transport semua macam mana. Mana ada sekolah yang dekat yang boleh jalan kaki dari rumah. Senang2 p selandar je. Duduk hostel. Tapi taknak la duduk sorang2. Pastu sebab malas. Pastu sebab macam rasa tak pergi pon takpe, sebab semua tasks kene buat tu takyah buat report pon. So, datang macam tu je pergi sekolah balik sekolah. Takyah buat apa2. Kau rasa? Refer balik reasons aku yang sebelum ni aku cakap. M A L A S. 

Raya berlalu, dan aku dah jadi 80% takmau p roks. Dok bising dalam group dah depa ni. Falis masih setia dengan aku. Haha. Makin naik 90% dah aku ni :P  
K, Masuk second week after raya. Hati aku tetibe macam terdetik, 'rugi kalau takpi, tak dapat experience. Nanti tahun depan nak p ngajaq lagi la tak ready' K, sebenarnya hari2 aku berdoa mtak petunjuk. So macam petanda dari Allah lah kot kan. Hm. Isnin tu aku masih berfikir. Selasa tu aku fikir macam, pergi lah sat seminggu ka dua minggu ka. Yang penting tak sampai sebulan. Rabu tu aku nak p dah tapi macam tak ready lagi. Malam tu aku terus amek baju kurung, iron. Ibu tanya nak p mana aku cakap nak p cari keja. Ibu pon suggest la sini sana. Esok tu cakap kat ibu nak p sekolah. 

Make it short, Khamis terus aku p sekolah. Nevess weh !

Pastu sampai lah aku kat sekolah yang dekat dengan rumah ni. 5 minit naik kereta. Make it short lagi, aku pon dah seminggu dekat sekolah ni. haha. Tudiaa dari 90% terus turun mendadak sampai aku p. Haha. 

Ni laa sekolah aku <3

Sambung ROKS Part2 k :P
Lapaqq. Nak p kantin sat. 

Kbaiii.

No comments:

Post a Comment